View: 179|Reply: 0
|
Berjinak-jinak dengan lakonan
[Copy link]
|
|
Shila meneliti tawaran membintangi filem muzikal romantis terbitan Malaysia-Indonesia \rHANYA selepas benar-benar bersedia barulah penyanyi muda, Shila Amzah, 21, menerima pelawaan sebuah syarikat untuk membintangi filem usaha sama Malaysia - Indonesia yang akan memulakan penggambaran akhir tahun ini.\r\n\n\n\n\rBegitupun, penyanyi lagu Memori Tercipta itu terpaksa merahsiakan dulu butiran lanjut mengenai produksi terbabit memandangkan kontrak hitam putih belum lagi ditandatangani.\r\r\n\n\n\n\nCuma akuinya, antara faktor yang membuatkannya terbuka hati bekerjasama dengan penerbitan berkenaan berikutan tarikan genre muzikal romantis yang menunjangi kronologi kisah.\r“Sebenarnya tawaran itu hadir tepat pada masanya apabila saya sudah bersedia sepenuhnya untuk beraksi di layar perak. Sebelum ini memang ada undangan tetapi komitmen terhadap nyanyian selain masih teragak-agak membuatkan saya terpaksa menolak.\r“Mereka mengajukan tawaran kira-kira tiga bulan lalu dan sebaik membaca skrip, saya sudah tertarik dengan watak yang diberikan. Selepas berbincang dengan keluarga, saya mengiyakan permintaan pihak berkenaan.\r“Langkah menceburi bidang lakonan juga antara usaha mengembangkan bakat di cabang seni berbeza. Agak gusar awalnya tetapi saya yakin persediaan rapi mampu melicinkan kerja,” katanya yang bakal digandingkan dengan aktor seberang sebagai teraju utama.\r\n\n\n\n\rJelas anak gadis kepada pelakon dan penyanyi popular, ND Lala itu, bapanya antara insan yang sudah dianggap sebagai guru tidak rasmi kerana selain membimbingnya melayari hidup, beliau turut menurunkan ilmu lakonan dan nyanyian.\rMemahami ragam anak remaja, kata Shila atau nama sebenar Nurshahila Amir Amzah, bapanya seorang yang terbuka malah memberi kebebasan kepada mereka memilih bidang digemari namun tegas dalam soal disiplin.\r“Saya berada di arena seni sejak 11 tahun yang lalu bermakna sejak zaman sekolah rendah lagi sudah mula merakamkan album dan menyanyi secara langsung. Papa tidak pernah memaksa, saya sendiri berminat dan sebagai bapa dia membuka jalan.\r“Cuma nasihatnya minat dan bakat saja tidak cukup, sebaliknya perlu gandakan latihan serta berdisiplin. Saya masih ingat dulu sebelum menyampaikan lagu Inggeris di rumah papa meminta saya berlatih supaya sebutan dan nahu setiap baris lirik betul hingga membuatkan saya menangis. Namun ketegasannya berbaloi,” katanya lagi.\rPatah Seribu jadi taruhan\rKETIKA ini Shila muncul bersama single terbaru Patah Seribu yang mula disiarkan di radio, manakala penggambaran video muziknya pula diadakan sebelum Ramadan lalu dengan memilih Sharnaaz Ahmad untuk menyerikan klip video itu.\rKatanya, penghayatan Sharnaaz ketika muncul dalam drama Ungunya Cinta meninggalkan impak terhadap penonton terutama dirinya hingga dalam babak tertentu Shila menitiskan air mata.\rPatah Seribu yang juga lagu balada hasil nukilan Shila, berada lama dalam simpanannya tetapi baru kini berani dikongsi dengan khalayak.\r“Sebenarnya dalam senarai kini sudah ada hampir 30 lagu. Saya mahu mencantikkan dulu melodinya dan syukur single pertama ini mampu memancing perhatian.\r“Sepatutnya ia diperdengarkan lebih awal iaitu pada Mac lalu, namun terpaksa ditunda untuk memberi laluan kepada album 3 Suara yang saya rakamkan bersama Ning Baizura dan Jaclyn Victor,” katanya.\rBeberapa lagu hasil ciptaan sendiri juga sudah mula dirakamkan untuk paparan di YouTube malah maklum balas pemerhati sangat menakjubkan apabila setiap hari bilangan penonton meningkat.\rShila berkata buat sementara waktu jadual kerja dikendalikan syarikat ayahnya, Urus Stabil Sdn Berhad.\r“Sebenarnya saya punya syarikat sendiri yang sudah lama beroperasi tetapi buat sementara waktu, papa akan menguruskan segala-galanya. Inilah cabaran baru buat saya kerana semuanya dilakukan sendiri,” katanya yang rancak mengatur promosi untuk single baru.\rTerima kasih kepada Unit Perhubungan Awam Kementerian Pertahanan Bahagian Tentera Udara DiRaja Malaysia (TUDM)
[Source] [Go Back to Citizen Journalist] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|