|
Tiga terbunuh korban gempa bumi magnitud 6.7ACEH: Gempa bumi dengan kekuatan 6.7, menggegarkan bandar dan perkampungan di Sumatera Utara kira-kira jam 1 pagi waktu tempatan semalam menyebabkan sekurang-kurangnya tiga orang terbunuh, manakala penduduk kampung dan penghuni hotel yang panik bertindak melarikan diri ke tempat selamat.\n\n\n\nAkhbar The Jakarta Post melaporkan, gegaran berlaku selama 30 saat di wilayah Singkil Baru, turut dirasai penduduk di Subulusalam, Aceh dan Medan selain beberapa bandar di kawasan wilayah itu.\n\n\n\n\nGegaran itu memusnahkan bangunan Akademi Bidan Subulussalam dan sebuah rumah di sebelahnya. Datuk Bandar Subulussalam, Muara Sakti mengesahkan seorang kanak-kanak lelaki berusia 12 tahun meninggal dunia. “Mangsa tinggal dalam rumah yang runtuh itu,” kata Muara semalam yang dipetik Tribun Medan.Sementara itu, pegawai di Jabatan Pengurusan Bencana Kebangsaan, Boby Sigit, berkata dua lagi penduduk, seorang lelaki berusia 60 tahun terbunuh di Aceh, manakala seorang wanita, 26 tahun maut di daerah Dairi, Sumatera Utara.\n\n\n\nAgensi Meteorologi, Iklim dan Geofizik Sumatera Utara, menyatakan, pusat gempa bumi terletak 59 kilometer ke timur laut Singkil Baru, Aceh pada kedalaman 78 kilometer di bawah paras laut. Pusat Kajian Geologikal Amerika Syarikat berkata, gempa magnitud berpusat 100 kilometer barat daya Medan di kedalaman 110 kilometer. Ia sangat jauh dari daratan untuk mencetuskan tsunami. Penduduk Singkil berkata, sejumlah tiang elektrik tumbang dan menimpa rumah serta menyebabkan bekalan terputus. – AP/ Agensi
[Posting Asal] [Kembali ke Berita Rakyat] [Pump!]
|
|