View: 230|Reply: 0
|
Pekerja filem mesti berkelulusan
[Copy link]
|
|
Kelayakan akademi, pengalaman tingkatkan tahap profesionalisme\rBUKAN sekadar memiliki kemahiran dan pengalaman sahaja tetapi tahap pendidikan yang baik juga boleh membantu meningkatkan tahap profesionalisme pekerja filem.\r\n\n\n\nSehubungan itu, Persatuan Pekerja Filem Profesional Malaysia (PROFIMA) menggalakkan ahli-ahlinya supaya tidak melepaskan peluang pelbagai kursus atau latihan membabitkan bidang ini kedudukan mereka setanding dengan kerjaya lain.\r\rPresiden PROFIMA , Khir Mohd Noor berkata, selepas ini diharapkan syarat mengambil pekerja filem seperti perjawatan yang lain diperketatkan atau diperbaiki yang mana selain mempunyai pengalaman, mereka juga sepatutnya mempunyai kelulusan akademi, sekurang-kurangnya memiliki sijil atau diploma dalam bidang berkaitan.\r\n\n\n\n\n\r“Ini kerana kami mahu melahirkan warga kerja filem yang berilmu dan berharap ahli yang berada di bawah pimpinan PROFIMA mempunyai sijil pendidikan atau kelulusan akademi lain yang diiktiraf bagi mencapai tahap profesionalisme dalam kerjaya mereka,” katanya.\rSehubungan itu, Mohd Khir mencadangkan serta menggalakkan pekerja filem yang tiada sijil atau kelulusan akademi, supaya melanjutkan pelajaran mereka dalam bidang perfileman.\rMenurutnya, setiap pekerja filem ada ada inisiatif sendiri dalam memajukan diri dengan mendapatkan ilmu dalam bidang berkaitan kerana dalam jangka panjang ia boleh memberi kebaikan pada diri sendiri. \rKatanya lagi, dengan memiliki tahap akademi yang semakin baik, ia bukan sahaja dapat mengangkat martabat pekerja filem tetapi dapat mengelakkan diri daripada dianiayai oleh pihak kurang bertanggungjawab. \r“Kalau boleh kita tidak mahu ada pekerja filem yang tidak mempunyai kelulusan akademi yang baik. PROFIMA harap selepas ini pengambilan pekerja filem harus disertakan dengan syarat asas iaitu mempunyai kelulusan akademi sekurang-kurangnya pada peringkat diploma. \r“Memang pengalaman juga penting. Tapi kalau seseorang itu mempunyai pengalaman dan pendidikan, ini menjadikan kerjaya mereka akan dihormati dan dipandang tinggi sekaligus meningkatkan lagi tahap profesionalisme sebagai pekerja filem,” katanya. \rPROFIMA adalah persatuan yang melindungi dan menjaga kepentingan serta kebajikan pekerja filem ditubuhkan kira-kira 25 tahun lalu. Mengenakan yuran keahlian RM40 setahun, ahli-ahlinya terdiri daripada pelbagai sektor dalam penerbitan filem seperti pengarah fotografi, penata seni sehingga kepada jurusolek artis. \rKhir berkata, sebagai persatuan yang mengutamakan kebajikan pekerja, dia juga kesal dengan nasib pekerja filem yang bekerja lebih daripada 18 jam sehari.\r“Saya kasihan melihat nasib pekerja di set penggambaran yang perlu bekerja keras sehingga 18 jam sehari. Kadang kala lebih daripada itu. \r“Oleh itu, saya akan keluarkan surat kepada produser selepas ini supaya pekerja filem hanya bekerja selama 12 jam sehari dan jika lebih itu ia boleh dikira sebagai bayaran insentif tetapi saya akan pastikan syarat wajib itu tidak membebankan produser.\r“Bayaran selepas pekerja bekerja selepas 12 jam itu adalah bayaran tambahan atau elaun kerana di luar negara pekerja filem tidak bekerja terlalu lama seperti di sini,” katanya.\rTurun padang tinjau nasib ahli\rMENGENAI aktiviti PROFIMA, Khir berkata walaupun terpaksa mencari dana pembiayaan sendiri bagi program yang direncanakan, dia dan beberapa ahli jawatankuasa terus melangkah tanpa menoleh ke belakang.\r“Selain menerima bantuan daripada beberapa pihak, setiap tahun kami mendapat bantuan daripada kerajaan sebanyak RM30 ribu dan pada tahun ini bantuan yang diberikan adalah sebanyak RM25 ribu,” katanya.\rKewujudan PROFIMA yang dulunya dikenali sebagai Persatuan Pekerja Filem Malaysia (PPFM) ini dilihat menjadi landasan untuk mereka yang bekerja dengan produksi filem mahupun drama meluahkan pandangan dan keluhan.\rBagi Khir, keinginannya untuk memegang jawatan presiden adalah mahu memberi perubahan pada persatuan tanpa merujuk pada keinginan kelompok ahli tertentu demi menjaga kebajikan sebilangan ahlinya yang terabai.\rKatanya, sebagai presiden PROFIMA juga, apa yang mahu diberikan kepada pengadu iaitu pekerja filem adalah tindak balas terhadap aduan yang tangkas dan berkesan.\r“Beberapa aduan seperti gangguan seksual di lokasi atau masalah pembayaran akan diselesaikan dengan kadar segera kerana kami mahu memastikan kebajikan pekerja filem terbela,” katanya sambil memberitahu selain dirinya, Ahli Jawatankuasa PROFIMA juga turun padang melawat pekerja filem di lokasi bagi melihat masalah ahli mereka secara lebih dekat.
[Posting Asal] [Kembali ke Berita Rakyat] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|