View: 127|Reply: 0
|
Pengganas ‘intai’ Singapura
[Copy link]
|
|
Kabel diplomatik AS anggap bank Kota Singa beri peluang kepada pelampauSINGAPURA: Kota Singa adalah satu ‘destinasi menarik’ bagi kumpulan pengganas menyalurkan wang kerana bank republik itu menguatkuasakan undang-undang sulit perbankan yang ketat sebagai hab kewangan serantau, dakwa kabel diplomatik Amerika Syarikat yang disiarkan WikiLeaks, semalam.\n\n\n\nKabel diplomatik itu adalah daripada kedutaan Amerika di Singapura bertarikh 2005 dan dikelaskan sebagai ‘SULIT’ menyifatkan republik itu sebagai berisiko ‘sederhana’ sebagai tempat untuk kumpulan pengganas menyalurkan dana.\n\n\n\n\n“Kedudukan Singapura sebagai pusat pelaburan dan kewangan penting ditambah dengan penguatkuasaan undang-undang sulit perbankan dan tidak menggunakan syarat laporan mata wang ketat menambah tarikannya sebagai destinasi pertubuhan pengganas,” kata kabel itu.Kabel itu yang disiarkan di laman web WikiLeaks semalam ditandatangani duta Amerika ke Singapura ketika itu, Frank Lavin.Pada masa sama, ada juga faktor lain yang menjadi penghalang kepada pengganas bergiat aktif mengumpul dana atau menggunakan bank Singapura iaitu undang-undang anti penyaluran wang haram dan pembiayaan pengganas, kata kabel itu lagi.Pegawai Singapura tidak dapat dihubungi bagi mendapatkan ulasan segera.Bagaimanapun, tahun lalu, dalam satu ucapannya, Menteri Undang-Undang Singapura, K Shanmugam berkata, pihak berkuasa sudah mewujudkan rejim yang kuat membabitkan beberapa agensi kerajaan bagi memerangi kegiatan penyaluran wang haram dan pembiayaan pengganas.Sejak 2006, Singapura tidak memerlukan perjanjian dua hala untuk memberi bantuan kepada negara lain yang meminta maklumat mengenai urus niaga mencurigakan kerana wujudnya kerjasama lebih baik pada peringkat antarabangsa, kata menteri itu.Unit Perisikan Kewangan Singapura juga berkongsi maklumat secara aktif dengan rakannya dari negara luar, kata Shanmugam lagi.Selain itu, badan antirasuah global, Pasukan Petugas Tindakan Kewangan (FATF) menetapkan Singapura mematuhi 43 daripada 49 cadangan mencegah penyaluran wang haram dan pembiayaan pengganas, kata agensi pembanteras jenayah kolar putih republik itu, Jabatan Hal Ehwal Komersial.Pada 2001, Singapura melumpuhkan satu kumpulan militan Jemaah Islamiyah (JI) selepas menahan beberapa orang yang terbabit dalam komplot mengebom sasaran tempatan dan asing. – AFP
[Posting Asal] [Kembali ke Berita Rakyat] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|