|
Milia bertuah dapat bimbingan pengarah terkenalNADA perbualan yang tadinya rancak bertukar menjadi perlahan. Wajah yang sebelum itu ceria berubah warna serta merta. Sebak suara pelakon utama filem Karipap-Karipap Cinta, Milia Aimellia Zaid, tatkala ditanya mengenai sambutan Hari Raya tahun ini.\rPuas menahan akhirnya manik jernih yang bertakung di kelopak mata tumpah juga ketika menjawab pertanyaan itu.\r\n\n\n\n\rEntah kenapa perasaan sedih dan sayu menyelubungi jiwanya ketika umat Islam lain sedang bersiap sedia menghadapi hari kemenangan selepas sebulan menahan hawa nafsu. Kata Milia, nalurinya cukup tersentuh sebaik saja mengenangkan Aidilfitri.\r\r\n\n\n\n\n“Tahun ini nampaknya saya tidak dapat meraikan Hari Raya bersama keluarga tercinta kerana terikat dengan jadual promosi filem Karipap-Karipap Cinta. Disebabkan itu saya awal-awal lagi sudah menghantar mereka ke kampung,” kata Milia sambil menyeka air matanya yang menitis di pipi.\rMemandangkan filem arahan Othman Hafsham ini filem sulung lakonannya, kata Milia, dia terpaksa berkorban demi menunjukkan betapa komited dirinya terhadap filem itu.\r“Sedih itu memanglah sedih, tapi nak buat macam mana, saya perlu mempromosikan filem ini yang bakal masuk ke pawagam pada Hari Raya nanti. Mujurlah keluarga saya sendiri memahami dan tidak merungut. Bagaimanapun, saya sudah pun membuat persiapan serba sedikit untuk diri sendiri dan keluarga sebelum menghantar mereka pulang ke kampung di Juaseh, Negeri Sembilan,” ujarnya ketika berkunjung ke Balai Berita beberapa hari menjelang Syawal.\rKetika pelakon wanita muncul di arena seni bagai cendawan tumbuh selepas hujan, namun tuah ternyata memihak kepada gadis berusia 18 tahun ini. Bayangkan, daripada 180 calon yang datang untuk sesi uji bakat, tuah berpihak kepadanya untuk memegang watak sebagai Sarah.\r\n\n\n\n\r“Selepas tamat penggambaran drama Bonda dan masih menanti-nanti tawaran berlakon yang lain, saya pun melayari laman web dan terpandang iklan mencari pelakon untuk sebuah filem. Dengan niat mahu menimba pengalaman sebagai pelakon layar perak, saya pun memberanikan diri mencuba.\r“Selepas sekian lama menanti, tiba-tiba saya mendapat panggilan daripada pihak produksi yang menyatakan mereka berminat untuk menawarkan watak Sarah kepada saya. Bagaimanapun, mereka tidak menyatakan keputusan itu secara langsung. Mereka mainkan saya terlebih dan hanya selepas itu barulah mereka memberitahu yang saya terpilih untuk berlakon dalam filem itu,” ujar Melia dalam nada teruja.\rMelia nyata cukup bertuah kerana mendapat bimbingan sutradara handalan yang pernah menghasilkan filem hebat sebelum ini. Namun begitu, Milia tidak malu mengakui dia tidak mengenali sutradara terbabit sebelum ini.\r“Terus terang saya memang tidak kenal siapa dia Othman Hafsham. Tapi saya tahulah filem yang pernah dihasilkannya sebelum ini seperti Adik Manja dan Mekanik. Bekerja dengan dia cukup menyeronokkan kerana dia bukan saja mengarah, tetapi banyak memberikan petua berguna ketika di lokasi supaya saya boleh muncul menjadi pelakon yang disegani satu hari nanti,” katanya.\rRisau watak Sarah jadi kontroversi\rDALAM novel asal tulisan Nazri Md Anuar itu, watak Sarah ialah graduan Universiti Al-Azhar, Mesir. Kalau berdasarkan logika dan melihat lokasi tempat Sarah menimba ilmu, pastinya penampilan Sarah lebih kepada imej seorang Muslimah sejati yang bertudung litup tanpa memperlihatkan sehelai rambut.\rNamun apabila dipindahkan ke layar perak, imej yang ditampilkan amat berbeza sekali. Walaupun mempunyai pendidikan ilmu agama yang tinggi namun Sarah hanya mengenakan selendang. Apakah Melia tidak bimbang jika penampilannya itu bakal menjadi bualan mereka yang tidak senang dengan imej yang ditonjolkannya itu?\r“Sebenarnya imej yang saya tampilkan itu ditonjolkan selepas berbincang dengan pengarah dan penerbit. Saya tak mahu peminat saya keliru dan menyangkakan saya memang mengenakan tudung di luar lokasi seperti yang pernah berlaku ke atas Tiz Zaqyah. Disebabkan imej bertudung terlalu kuat dalam drama Nur Kasih, ramai yang menganggap Tiz memang bertudung dan mengharapkan dia terus mengenakan tudung.\r“Kalau ada yang terus mempertikaikannya dan menganggap saya mempersendakan wanita lulusan Al-Azhar, saya rasa berlakon itu sendiri sebenarnya memang sudah salah di sisi agama. Jadi saya rasa tak perlulah saya nak ulas lebih-lebih perkara ini dan tidak perlu nak memanjangkannya,” pinta Melia mengharapkan pengertian.\rSelain Melia, filem terbabit menampilkan Gambit Saifullah, Eman Manan, Rosnah Johari, Fish Fadzil serta Shawal AF5\r
[Posting Asal] [Kembali ke Berita Rakyat] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|