CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 267|Reply: 0

Wajib pakai ihram untuk tawaf

[Copy link]
Post time 26-8-2011 09:05 AM | Show all posts |Read mode
Syarat guna Mataf pada Lailatul Qadar\rMAKKAH: Jemaah yang tidak memakai ihram tidak akan dibenarkan memasuki mataf (kawasan tawaf) di Masjidilharam pada malam 27 Ramadan, dipercayai secara meluas sebagai \'Malam Lailatul Qadar\', lapor akhbar Al-Madinah kelmarin memetik seorang pegawai kanan keselamatan sebagai berkata.\r\n\n\n\n\r   Komander polis Masjidilharam Kolonel Yahya Al-Zahrani berkata jemaah biasa yang datang  untuk bersolat atau menghadiri sesi penutup bacaan ayat suci al-Quran pada malam ke-29 akan diarahkan ke kawasan bumbung, tingkat bawah dan plaza di luar masjid.\r\r\n\n\n\n\n   “Urusan ini dibuat bagi mengelak kesesakan pada malam ke-27 dan 29 serta menjadikannya mudah kepada jemaah melakukan umrah,” katanya.\rYahya berkata, anggota polis yang bertanggungjawab untuk keselamatan Masjidilharam diperketatkan iaitu 1,600 anggota polis, 29 pegawai dan 2,800 kadet.\rKatanya, Masjid Agung itu dipantau setiap masa oleh 750 kamera pengawasan diletakkan di lokasi berbeza di dalam dan luar masjid.\rBeliau juga mengakui kes kecurian kurang tahun ini dalam kawasan masjid  disebabkan pemasangan kamera, sistem cap jari di lapangan terbang dan kerjasama antara polis di Arab Saudi dan negara yang menghantar jemaah.\r\n\n\n\n\rSementara itu, Jabatan Tawaf dan Presiden Hal Ehwal Dua Masjid Suci memberi amaran kepada pemandu jemaah yang tidak berlesen supaya tidak bekerja di Masjidilharam atau dikenakan tindakan.\rPengarahnya, Yousuf Muhammad Al-Suwailam, berkata pegawai memantau rapat pemandu jemaah  dalam masjid dan berkata mereka yang tiada permit sah akan didenda.\rAda 600 pemandu jemaah  menemani jemaah ketika tawaf di sekitar Kaabah dan saie, di antara Safa dan Marwah.\rAl-Suwailam meminta jemaah menghabiskan masa di Masjidilharam untuk bersolat dan menasihatkan mereka tidak bersesak di sekitar Hajarul Aswad.\rKatanya, solat sunat tawaf boleh dilakukan di mana saja di dalam masjid, tidak semestinya berhampiran Makam Ibrahim.\rAl-Suwailam meminta jemaah dan pelawat menghantar aduan dan pemantauan ke pejabat jabatan berhampiran Pagar Bilal (No 6). – Agensi

[Posting Asal]                [Kembali ke Berita Rakyat]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 01:56 PM GMT+8 , Processed in 0.041050 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list