CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 105|Reply: 0

Kepulangan Tasha amat dinanti

[Copy link]
Post time 24-8-2011 11:05 AM | Show all posts |Read mode
Kekerapan muncul di TV bukti bakat lakonannya dapat perhatianADA sebab mengapa 1 Syawal nanti memberikan semangat yang berbeza buat bakat muda dalam lakonan yang semakin meningkat ini. Sejak menceburkan diri dalam bidang seni sewaktu usianya 17 tahun dan mula serius dua tahun lalu, baru kini Natashasheila Abdul Razak atau Tasha Shilla lebih dikenali berbanding sebelum ini.\rBukan mahu mendabik dada namun kata pelakon berwajah mirip artis popular dari Indonesia, Kris Dayanty, keseronokan bergelar artis mula terasa terutama apabila ada yang sedar wajahnya kerap menghiasi majalah dan akhbar serta lakonannya yang sering disiarkan di televisyen.\r\n\n\n\n\rIni menyebabkan saudara maranya tidak sabar-sabar untuk bertemu pada Hari Raya nanti.\r\r\n\n\n\n\n“Saya mula serius dalam bidang lakonan ini sejak dua tahun lalu. Waktu itu wajah saya kurang dikenali. Namun sejak berlakon dalam drama Gemilang, barulah ramai mula menyedari kehadiran saya. Apabila ramai yang mula kenal siapa saya, itu sudah cukup menggembirakan. “Justeru, apabila pulang ke kampung bila hari raya nanti, terasa seronoklah juga. Saudara mara di kampung, ada yang sudah menelefon meminta saya pulang kerana mereka mahu bertemu,” katanya yang akan pulang ke kampungnya di Batu Pahat dan Kulai Johor bersama keluarga pada malam Hari Raya.\rMemandangkan tahun ini tawaran berlakon datang mencurah-curah, jadi rezekinya juga agak murah. Justeru dia mahu berkongsi bersama dengan menyediakan serba sedikit persiapan untuk keluarga dan adik-adiknya.\r“Selain persiapan diri sendiri, saya juga turut membelikan keperluan adik-adik untuk hari raya nanti. Ada baju tradisional, jubah kaftan dan baju kurung moden. Inilah pertama kali saya beli baju raya lebih banyak berbanding sebelum ini,” katanya yang semakin popular menerusi drama Ramadan Terakhir.\rBiarpun berstatus artis dan kelihatan moden, namun pesan Tasha jangan ingat dia langsung tidak pernah ke dapur. Selain mempunyai hobi mengemas rumah, dia juga cekap dan handal apabila tiba bab memasak.\r\n\n\n\n\r“Sebagai anak sulung adalah menjadi tugas saya membantu mama di dapur. Lagipun keluarga saya berniaga makanan, jadi tak ada masalah untuk saya belajar masak. Begitu juga dengan mengemas rumah. Saya memang tak suka melihat susunan perabot di rumah sama saja.\r“Bila bosan, saya akan mengubah susunan perabot mengikut cita rasa saya sendiri. Keluarga saya pun sudah faham perangai saya,” cerita pelakon yang begitu menggemari kuih tart nanas ini.\rMinat menyanyi\rENTAH mengapa sejak kebelakangan ini, Tasha sering disogokkan dengan watak jahat. Bermula dengan drama bersiri arahan Khabir Bhatia berjudul Gemilang diikuti dengan Sahara, watak antagonis terus menjadi pilihan produser untuk diserahkan kepadanya. Cuma drama Ramadan Terakhir saja yang menyaksikan pelakon ini membawakan watak baik.\rApakah ini kerana raut wajahnya yang sesuai untuk membawakan watak sebegitu. Ketika ditanyakan perkara ini kepada si empunya diri, Tasha mengakui hakikat itu.\r“Saya rasa watak itu memang bersesuaian dengan saya kerana ada penonton yang tidak menyukai saya gara-gara watak yang dibawakan itu. Ada yang membenci saya gara-gara watak sebegitu, tetapi itulah menunjukkan lakonan saya hidup.\r“Saya tak mahu nanti orang mencemuh saya dengan mengatakan harapkan wajah saja cantik tetapi lakonan macam kayu. Disebabkan itu saya cuba untuk memberikan yang terbaik dalam setiap lakonan saya,” katanya yang pernah muncul dalam filem Ratu The Movie sebelum ini.\rWalaupun bakatnya lebih menyerlah dalam dunia lakonan namun Tasha sebenarnya mempunyai bakat dalam dunia nyanyian.\rMalah dia pernah mencuba bakat terpendamnya itu dengan menghadiri sesi uji bakat Akademi Fantasia.\r“Kali pertama saya menyertai sesi uji bakat adalah sewaktu Akademi Fantasia musim ketiga yang menyaksikan Mawi menjadi juara. Kemudian saya mencuba sekali lagi iaitu ketika Akademi Fantasia musim ketujuh.\r“Saya menghadiri sesi uji bakat bersama Aril. Kebetulan kami berdua kawan baik dan rezeki nampaknya berpihak padanya,” imbasnya ketika ditemui pada majlis Pelancaran Program Raya TV3 & TV9 di pusat membeli belah 1 Utama Shopping Centre, pagi Khamis lalu.\rDitanya tidakkah dia berminat untuk merakamkan single, Tasha berkata buat masa ini dia lebih selesa mengukuhkan namanya dalam bidang lakonan terlebih dulu.\r“Saya memang tak boleh buat dua kerja dalam satu masa. Biarlah saya fokus pada dunia lakonan terlebih dulu dan kemudian jika ada peluang dan ruang, barulah saya kembangkan bakat nyanyian saya ini,” katanya yang bakal muncul dalam filem Klip 3P hujung tahun ini.

[Posting Asal]                [Kembali ke Berita Rakyat]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 01:36 PM GMT+8 , Processed in 0.086078 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list