CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 167|Reply: 0

Strauss-Kahn bakal bebas

[Copy link]
Post time 24-8-2011 11:05 AM | Show all posts |Read mode
Pendakwa minta gugur kes bekas Pengarah Urusan IMFNEW YORK: Pendakwa kelmarin meminta hakim menggugurkan dakwaan terhadap bekas Pengarah Urusan Tabung Mata Wang Antarabangsa (IMF), Dominique Strauss-Kahn, melakukan serangan seksual terhadap seorang pekerja hotel di bandar ini.\rPendakwa tidak berharap dapat mendakwa Strauss-Kahn selepas hilang keyakinan terhadap saksi mereka, Nafissatou Diallo, 32, pekerja hotel dari Guinea yang menuduh Strauss-Kahn muncul dalam keadaan bogel di bilik mewah hotel itu pada 14 Mei lalu dan memaksanya melakukan seks oral.\r\n\n\n\n\rUsul menggugurkan kes itu difailkan selepas pertemuan singkat dengan wanita berkenaan dan peguamnya, menunjukkan pendakwa tidak lagi yakin Strauss-Kahn bersalah kerana cerita pekerja hotel berkenaan berubah-ubah. Dalam fail itu, mereka mendesak hakim menggugurkan semua tuduhan.\r\r\n\n\n\n\nTiga bulan lalu, Strauss-Kahn adalah diplomat kewangan terkemuka dunia dan kejatuhannya mengejutkan. Ditahan di kelas pertama pesawat Air France oleh polis, dia dihumban ke penjara atas dakwaan cuba merogol.\rMei lalu, pendakwa berkata, aduan Diallo boleh dipercayai dan konsisten. Tetapi, kes mula goyah apabila pendakwa mendapati Diallo menipu maklumatnya ketika mengisi borang imigresen mengenai kes rogol berkumpulan di Guinea, termasuk butir-butir cukai dan memberi tiga versi berbeza kejadian di Hotel Sofitel di Times Square itu.\r“Bilangan aduan palsu membuatkan kami tidak mampu menjadikan ceritanya meyakinkan. Jika kami juga tidak percaya, kami tidak boleh minta juri percaya,” menurut dokumen mahkamah.\rPeguam Diallo, Kenneth Thompson, dalam kenyataan lewat kelmarin selepas pertemuan dengan Peguam Daerah Manhattan, Cyrus Vance, dan selepas menilai usul itu, berkata pihak berkuasa menafikan hak seorang wanita untuk mendapatkan keadilan dalam kes rogol.\r\n\n\n\n\r“Cuma beberapa minggu lalu, Vance dan pendakwanya berhujah di mahkamah mengenai kukuhnya bukti terhadap Strauss-Kahn. Hari ini, mereka mahu lari daripada bukti sama,” kata Thompson.\rDi luar mahkamah, penunjuk perasaan hak wanita menjerit, ‘Bandar raya New York, ibu kota rogol di Amerika.’ Strauss-Kahn, 62, berulang kali menegaskan dia tidak bersalah.\rMalah, ada penyokong politiknya yakin tuduhan itu sebahagian perangkap bertujuan memusnahkan peluangnya mengalahkan Presiden Perancis, Nicolas Sarkozy, dalam pilihan raya April 2012.\rWalaupun bebas untuk kembali ke dalam kancah politik Perancis, imej Strauss-Kahn terjejas teruk dengan pelbagai cerita mengenai seks paksa itu.\rParti Sosialis perlu melakukan pengecualian bagi membolehkannya menjadi calon presiden. Tinjauan Julai lalu menunjukkan dua pertiga penduduk Perancis tidak mahu dia menjadi calon.\rSementara itu, peguamnya mengalu-alukan perkembangan itu. “Kami kekal dengan pendirian banyak alasan untuk percaya wanita yang menuduh Strauss-Kahn itu tidak boleh dipercayai,” kata William Taylor dan Benjamin Brafman dalam satu kenyataan. – Reuters

[Posting Asal]                [Kembali ke Berita Rakyat]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 01:31 PM GMT+8 , Processed in 0.056044 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list