View: 125|Reply: 0
|
Rumah Gaddafi kena tawan
[Copy link]
|
|
Pemberontak terus buru pemimpin Libya, pelbagai spekulasi timbulTRIPOLI: Pemberontak memasuki kediaman pemimpin Libya, Muammar Gaddafi, selepas 24 jam bertempur dengan tentera yang mengawal kawasan umpama kubu itu, semalam.\rWartawan di tempat kejadian berkata, pintu masuk berwarna hijau kediaman itu diletupkan dan beratus-ratus pemberontak membanjirinya dan melepaskan tembakan ke udara.\r\n\n\n\n\rBelum ada berita sama ada Gaddafi, 69, berada di situ tetapi pertempuran sengit yang meletus sebelum kediaman itu dimasuki membayangkan kemungkinan beliau ada di dalam.\r\r\n\n\n\n\nPertempuran di Bab al-Aziziyah membabitkan penggunaan mortar, mesingan dan senapang antipesawat meletus beberapa jam selepas anak Gaddafi yang dikatakan penggantinya, Saif al-Islam, muncul di khalayak ramai bagi menafikan dia ditahan pemberontak.\rKemunculannya secara mengejut dikatakan bukti bahawa Gaddafi masih mampu bertindak balas sekalipun ramai menganggap pemerintahannya sudah berakhir.\rKediaman besar Gaddafi, bagaimanapun, rosak teruk kerana serangan udara Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) selain dianggap lambang utama pemerintahannya selama 42 tahun.\rTidak hairanlah seorang pemberontak, Abdel-Aziz Shafiya, 19, menyuarakan kegembiraan tidak terhingga ketika meronda kawasan dalamannya dengan membawa pelancar roket dan senapang Kalashnikov.\r\n\n\n\n\r“Saya kehilangan rakan dan keluarga tetapi sudah masuk rumah Gaddafi. Ramai kawan saya terkorban. Semua itu memberi makna ketika ini,” katanya.\rBekas penasihat kanan Gaddafi, Abdel-Salam Jalloud yang berpaling tadah bulan ini, memberitahu stesen televisyen Al-Jazeera bahawa dia berpendapat pemimpin itu berada di pinggir Tripoli dengan berlindung di rumah persendirian, hotel kecil dan masjid.\rAda juga laporan yang mendakwa Gaddafi bersembunyi dekat sempadan Algeria.\rPemberontak dilaporkan sudah memberi amaran kepada kerajaan Algeria supaya tidak campurtangan dalam hal ehwal mereka.\rTetapi, jurucakap pemberontak di Doha, Mahmoud Shammam, bersikap lebih berhati-hati.\r“Kami tidak tahu siapa ada di dalam. Kami percaya ada orang menginap tempat itu dan dia mengetuai usaha melawan kami. Ini adalah istana terakhir Gaddafi,” katanya.\rPertempuran masih berlaku di beberapa tempat di Tripoli antara pemberontak dan penyokong Gaddafi.\rDua juta orang tinggal di ibu kota Libya itu. – AP/AFP\r
[Posting Asal] [Kembali ke Berita Rakyat] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|