CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 109|Reply: 0

Dunia sokong guling Gaddafi

[Copy link]
Post time 23-8-2011 01:05 PM | Show all posts |Read mode
Pemimpin diktator digesa  undur  elak lebih banyak pertumpahan darahNEW YORK: Pemimpin dunia memuji kejayaan pemberontak menamatkan pemerintahan rejim Muammar  Gaddafi yang berkuasa sejak 42 tahun lalu, sambil menggesa beliau berundur bagi mengelak lebih banyak pertumpahan darah.\rWalaupun kebanyakan mereka berpendapat masa depan Libya perlu ditentukan sendiri oleh rakyatnya, tekanan semakin meningkat mahukan diktator itu dihadapkan ke Mahkamah Jenayah Antarabangsa.\r\n\n\n\n\rDi WASHINGTON, Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama, menggesa Gaddafi mengaku kalah dan memenuhi kehendak rakyat agar menyerah dan meletak jawatan.\r\r\n\n\n\n\n“Malam ini kuasa Gaddafi sampai ke penghujung. Tripoli sudah terlepas daripada pemerintahan kuku besi. Rakyat Libya  menunjukkan komitmen   tidak berbelah bagi   mengembalikan maruah dan kebebasan mereka,” katanya.\rBeliau berkata, masa depan Libya kini berada di tangan rakyatnya dan berikrar bekerjasama serta meningkatkan hubungan baik dengan majlis pemberontak.\rDi BEIJING, China berkata ia menghormati kehendak rakyat Libya yang mahukan perubahan dan berikrar meneruskan kerjasama dengan Libya untuk pembangunan dan pemulihan semula negara itu.\r“China berharap keamanan di Libya akan dipulihkan segera. Negara itu sudah lama  dalam keadaan huru-hara sehingga   rakyatnya hidup sengsara. China bersedia bekerjasama dan membantu Libya untuk pembinaan semula negara itu,” kata jurucakap kementerian luar Ma Zhaoxu dalam   kenyataan.\r\n\n\n\n\rChina sebelum ini mengambil pendirian tidak campur tangan dalam konflik di Libya, namun beberapa bulan kebelakangan ini negara itu semakin terbabit dengan pemberontak dan beberapa kali mengadakan pertemuan dengan anggota Majlis Peralihan Kebangsaan (NTC)\rDi LONDON, Perdana Menteri Britain, David Cameron memendekkan lawatan ke Cornwall untuk menghadiri satu mesyuarat keselamatan membabitkan Libya semalam, kata pegawai.\r“Gaddafi melakukan jenayah terhadap rakyat Libya dan mesti berundur untuk mengelak lebih banyak pertumpahan darah. Anggota keselamatan yang masih setia kepada Gaddafi perlu meletak senjata dan menyerahkan kuasa kepada yang berhak,” katanya.\rDi PARIS, pejabat Presiden Nicolas Sarkozy mengeluarkan kenyataan menggesa Gaddafi meletak jawatan dan mengakhiri penderitaan yang   dihadapi rakyat Libya berikutan pertempuran yang   berlarutan sejak lebih enam bulan lalu.\r“Apa yang jelas, Gaddafi tidak lagi diterima rakyat. Beliau sudah digulingkan dan kini bukan lagi pemerintah yang sah untuk Libya,” kata kenyataan itu. – Agensi

[Posting Asal]                [Kembali ke Berita Rakyat]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 01:56 PM GMT+8 , Processed in 0.267924 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list