|
Jadi pilihan menjelang Terbuka ASMASON, Ohio: Pemain Russia, Maria Sharapova menundukkan pemain Serbia, Jelena Jankovic 4-6,7-6,6-3 untuk menjuarai kejohanan WTA Terbuka Cincinnati kelmarin, sekali gus meletakkan dirinya sebagai pilihan menjelang Terbuka AS, minggu depan.\rSaingan sengit dua pemain itu menyaksikan 16 servis gagal dipertahankan tetapi Sharapova terbukti lebih kental untuk merangkul kejuaraan kedua musim ini dan ke-24 dalam kariernya sebelum bermula kejohanan grand slam terakhir musim ini di New York, 29 Ogos ini.\r\n\n\n\n\r “Memang sukar. Cukup fizikal dan ia boleh memihak kepada mana-mana pemain,” kata Sharapova.\r\r\n\n\n\n\n “Kami saling mematahkan servis sejak awal permainan. Seolah-olah salah seorang daripada kami bermain dengan cukup bagus dan kemudian seorang lagi bermain lebih bagus, begitulah sepanjang permainan. Jadi saya lebih bernasib baik menang akhirnya.”\rSharapova bermula dengan baik, melakukan servis dengan tepat dan tampak dapat mengawal keadaan dengan mudah hingga mendahului 4-1 tetapi Jankovic bangkit memberi tentangan sedangkan lawannya pula mengalami kemerosotan tiba-tiba.\rJankovic memenangi lima mata seterusnya dan set pertama apabila servis Sharapova tidak menjadi, yan berterusan hingga ke set kedua apabila masing-masing melakukan banyak kesilapan mudah sebelum pemain Russia itu menang permainan tiebreak 7-3.\rSemua enam permainan pertama pada set ketiga dipatahkan sebelum Sharapova memegang servis dan mendahului 4-3 sebelum mempamer naluri sebenar untuk menamatkan terus saingan, dan menambah gelaran kedua selepas kemenangan di Rome tahun ini.\r\n\n\n\n\rTetapi lebih penting ialah keyakinan tinggi dalam usahanya merangkul satu lagi grand slam selepas kali terakhir di Terbuka Australia 2008. \r“Saya bertanding di sini untuk bermain dengan baik dan meningkatkan tahap permainan, dan saya berjaya melakukannya.” – Reuters
[Posting Asal] [Kembali ke Berita Rakyat] [Pump!]
|
|