CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 127|Reply: 0

Aktivis terus mogok lapar

[Copy link]
Post time 21-8-2011 09:05 AM | Show all posts |Read mode
Kempen antirasuah Hazare disokongNEW DELHI: Sekurang-kurangnya 10,000 orang berhimpun bagi menunjukkan sokongan kepada Anna Hazare, seorang aktivis yang meneruskan mogok lapar bagi hari kelima ketika ada tanda Kerajaan India sedia bertolak-ansur bagi menamatkan bantahan terhadap pendiriannya dalam isu rasuah.\rAnna Hazare, 74, yang meneruskan mogok lapar itu di satu kawasan lapang di ibu negara, berkata dia akan meneruskannya sehingga kerajaan meluluskan rang undang-undang antirasuah yang mengenakan hukuman berat ke atas orang yang didapati bersalah memberi rasuah.\r\n\n\n\n\r“Kita percaya kita sudah mencapai kemerdekaan, tetapi tidak. Rasuah yang sama berterusan,” kata Hazare kepada orang ramai sambil menekankan India perlukan pembaharuan dalam proses pilihan raya selain undang-undang rasuah baru.\r\r\n\n\n\n\nAda tanda-tanda tuntutan Hazare yang disokong penduduk India menyebabkan kerajaan sedia bertolak-ansur dengan Perdana Menteri, Manmohan Singh, berkata: “Kami sedia berunding. Ada banyak ruang untuk bertolak ansur dalam perkara itu.”\rBeberapa skandal, termasuk rasuah telekomunikasi menyebabkan kerugian AS$39 bilion (RM117 bilion) kepada kerajaan menyebabkan Hazare menuntut tindakan antirasuah diambil.\rBagaimanapun, rang undang-undang kerajaan yang dicadangkan dianggap terlalu lemah kerana mengecualikan Perdana Menteri dan hakim daripada pendakwaan.\rDi kawasan terbuka itu, ramai yang mengedarkan makanan kepada mereka yang hadir, termasuk  pekerja pejabat dan pelajar serta ada yang menunjukkan penampilan umpama Gandhi kepada orang ramai.\rHazare keluar penjara Jumaat lalu sambil diberi sorakan besar oleh penduduk dan diberi liputan media 24 jam sebelum enggan keluar dari penjara hingga kerajaan membenarkannya terus melakukan mogok lapar.  – Reuters

[Posting Asal]                [Kembali ke Berita Rakyat]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 01:44 PM GMT+8 , Processed in 0.526066 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list