CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 192|Reply: 0

Bisnes Dunia: Amaran kelembapan ekonomi global

[Copy link]
Post time 20-8-2011 09:05 AM | Show all posts |Read mode
Pasaran saham Asia terus  dibelenggu masalah, bimbang masa depan bank EropahPASARAN saham Asia terus dipengaruhi aktiviti penjualan secara besar-besaran di peringkat global semalam selepas menerima amaran berhubung kelembapan ekonomi global serta kebimbangan akan masa depan bank di Eropah yang terdedah dengan masalah hutang kerajaan.\n\n\n\n   Pelabur di Asia turut bimbang susulan keadaan pasaran saham Amerika Syarikat (AS) dan Eropah yang terus menjunam.\n\n\n\n\n\n   Keresahan turut ditambah dengan kebimbangan kelembapan ekonomi akan turut melanda China, penggerak utama ekonomi dunia.“Tidak menghairan kita melihat pasaran di Asia merudum selepas kejatuhan semalam di pasaran AS dan Eropah,” kata Penganalisis IG Markets, Ben Potter, di Australia.“Berdasarkan pengalaman, situasi ini akan berlanjutan lebih lama daripada sepatutnya.”Tokyo susut 2.51 peratus dengan indeks Nikkei susut 224.52 mata kepada 8,719.24.\n\n\n\nSydney jatuh 3.51 peratus. Penanda aras S&P/ASX 200 jatuh 149.3 mata kepada 4,101.9.Seoul merudum 6.22 peratus menyaksikan KOSPI susut 115.70 mata kepada 1,744.88, manakala pasaran di Hong Kong jatuh 3.08 peratus dengan penanda aras Hang Seng turun 616.35 mata kepada 19,399.92.Pada Khamis, Dow Jones Industrial Average susut 3.7 peratus, manakala S&P 500 merudum 4.5 peratus manakala Nasdaq Composite susut 5.2 peratus.Harga minyak mentah juga jatuh berikutan peniaga bimbang kelembapan ekonomi akan melemahkan permintaan.Kontrak utama New York, West Texas Intermediate ‘light sweet’ bagi penghantaran September, menjunam AS$1.42 kepada AS$80.96 setong pada dagangan petang Asia, manakala Brent North Sea bagi penghantaran Oktober jatuh 79 sen  kepada AS$106.20.Emas dan bon perbendaharaan AS dilihat sebagai pelaburan selamat.Jongkong emas mencecah paras tertinggi baru ditutup pada rekod AS$1,862.00-AS$1,863.00 seaun. Ia mengakhiri dagangan Khamis pada AS$1,794.00-AS$1,795.00.Di pasaran lain, Taipei susut 3.57 peratus, atau 272.01 mata, untuk ditutup pada to 7,342.96.Wellington ditutup 0.56 peratus, 18.38 mata lebih rendah, kepada 3,267.84, dengan prestasi mantap ditunjukkan Telecom Corp. – AFP

[Posting Asal]                [Kembali ke Berita Rakyat]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 10:41 PM GMT+8 , Processed in 0.590647 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list