|
MSN minta BAM buat kajian menyeluruhPASANGAN emas negara, Koo Kien Keat-Tan Boon Heong akan kekal bergandingan sekurang-kurangnya sehingga Sukan Olimpik London 2012, tetapi hakikatnya status jurulatih, Rexy Mainaky mencetus persoalan utama.\n\n\n\n Diakui bekas pakar beregu dunia itu menjadi ‘orang penting’ yang melonjakkan nama Kien Keat-Boon Heong ketika zaman kegemilangan mereka pada 2006 dan 2007, tetapi sentuhan emas jurulatih yang pernah memenangi pingat emas Sukan Olimpik Atlanta 1996 itu tampak semakin pudar apabila prestasi anak didiknya itu semakin merudum.\n\n\n\n\n\n Setakat ini, gandingan berkenaan hanya mampu menjuarai satu daripada lapan kejohanan disertai tahun ini, itu pun kejuaraan kelas dua Grand Prix (GP) Emas Terbuka Malaysia menerusi kemenangan percuma selepas pasangan Indonesia Alven Yulianto-Hendra Gunawan menarik diri di final.Boon Heong ketika diajukan persoalan sama ada dia dan Kien Keat perlu menukar jurulatih berkata: “Terserah kepada Persatuan Badminton Malaysia (BAM).”Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN), Datuk Zolkples Embong berkata sebarang langkah drastik termasuk menukar jurulatih pasangan itu menuntut kajian menyeluruh. “BAM pasti akan membuat ‘bedah siasat’ selepas kegagalan gandingan itu dan kita akan berbincang mencari jalan penyelesaian terbaik dalam mengembalikan semula prestasi sebenar mereka, terutama memastikan mereka mampu menggegar di Sukan Olimpik tahun depan,” katanya.
[Posting Asal] [Kembali ke Berita Rakyat] [Pump!]
|
|