CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 129|Reply: 0

Syria henti operasi tentera

[Copy link]
Post time 19-8-2011 09:05 AM | Show all posts |Read mode
Tindakan Presiden sebagai reaksi desakan Setiausaha Agung PBB\rNEW YORK: Presiden Syria, Bashar al-Assad, memberitahu Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Ban Ki-moon, kelmarin operasi ketenteraan terhadap penunjuk perasaan di negaranya, sudah dihentikan.\r\n\n\n\n\rTimbalan jurucakap PBB, Farhan Haq, berkata kenyataan Assad itu dibuat sebagai reaksi kepada desakan Ban dalam perbualan telefon supaya semua tindakan ketenteraan dan penangkapan ditamatkan segera. \r\r\n\n\n\n\n“Ban melahirkan kebimbangan berhubung laporan terbaru mengenai pencabulan hak asasi manusia berterusan dan penggunaan kuasa tentera oleh pasukan keselamatan Syria terhadap penduduk awam di seluruh negara itu,” kata Haq dalam kenyataan  merujuk kepada serangan ke atas bandar Lattakia, yang menyaksikan beribu-ribu pelarian Palestin  terpaksa melarikan diri.\rBan menegaskan, semua tindakan ketenteraan dan penangkapan mesti dihentikan segera. Presiden Assad berkata operasi tentera dan polis sudah dihentikan. Tiada kenyataan daripada PBB atau kumpulan hak asasi berhubung dakwaan Assad.\rAktivis hak asasi menyatakan kira-kira 2,000 orang maut berikutan tindakan keras kerajaan sejak bantahan bermula pertengahan Mac lalu.\rAssad menjanjikan pembaharuan tetapi kerajaan Barat berkata cuma sedikit yang dilakukan.\r\n\n\n\n\r“Ban mengulangi desakan supaya siasatan bebas diadakan mengenai semua pembunuhan yang dilaporkan dan tindakan ganas, serta kebenaran masuk kepada media,” katanya.\rBan menggesa Syria memberikan kerjasama penuh kepada Pesuruhjaya Hak Asasi Manusia yang cuba melancarkan siasatan mengenai tindakan Assad.\rBeliau turut meminta Assad melancarkan proses pembaharuan yang aman dan dipercayai.\rPBB berkata Assad menghitung pembaharuan yang akan dilakukan dalam masa beberapa bulan akan datang termasuk rombakan Perlembagaan dan pilihan raya.\rKata Haq, Ban menegaskan semua itu perlu dijalankan tanpa sebarang campur tangan tentera.\rPemimpin PBB itu juga mengalu-alukan persetujuan Syria menerima misi kemanusiaan PBB. Katanya, misi itu mesti diberi kemasukan tanpa had ke semua kawasan yang terjejas akibat keganasan. – AFP

[Posting Asal]                [Kembali ke Berita Rakyat]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 01:39 PM GMT+8 , Processed in 0.241196 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list