View: 178|Reply: 0
|
LTAT masih minat ekuiti ESSO
[Copy link]
|
|
Tabung dana pencen kemuka tawaran balas pada harga RM5.20 sesaham\rLEMBAGA Tabung Amanah Tentera (LTAT) masih berminat mengambil alih 65 peratus ekuiti dalam ESSO Malaysia Bhd daripada ExxonMobil International Holdings Inc (ExxonMobil) meskipun konglomerat Filipina, San Miguel Corp sudah melengkapkan perjanjian jual beli (SPA) dengan syarikat induk ESSO Malaysia itu kelmarin.\r\n\n\n\n\r Pengurus dana pencen itu dikatakan akan mengemukakan tawarannya kepada ExxonMobil dalam tempoh terdekat dengan menawarkan harga sekitar RM5.20 sesaham atau nilai keseluruhan hampir RM1 bilion.\r\r\n\n\n\n\n Harga tawaran LTAT itu adalah 27.76 peratus lebih tinggi berbanding harga penutup saham ESSO Malaysia di Bursa Malaysia semalam, iaitu RM4.07 sesaham.\r“Meskipun San Miguel memeterai SPA dengan ExxonMobil, ia tidak bermakna penjualan itu sudah dimuktamadkan kerana janji niaga itu masih perlu mendapatkan beberapa kelulusan sebelum boleh diselesaikan.\r“Berikutan itu LTAT akan mengadakan perbincangan dalaman bagi merangka strateginya untuk membuat tawaran balas dalam tempoh terdekat ini.\r“Apa yang penting LTAT masih berminat mengambil alih 65 peratus ekuiti dalam ESSO Malaysia itu,” katanya kepada Berita Harian di Kuala Lumpur semalam.\r\n\n\n\n\rDifahamkan, pengambilalihan ekuiti anak syarikat gergasi minyak dan gas berpangkalan di Amerika Syarikat itu bagi memantapkan lagi operasi peruncitan minyak dalam kumpulan LTAT, yang kini dikendalikan oleh Boustead Holdings Bhd menerusi rangkaian stesen minyak jenama BHPetrol (BHP).\rKelmarin, syarikat Filipina yang berpangkalan di Mandaluyong City, Metro Manila itu melengkapkan SPA dengan ExxonMobil untuk mengambil alih kepentingan ekuiti ESSO Malaysia itu pada harga AS$206.020 juta (RM614.25 juta) atau RM3.50 sesaham.\rHarga itu adalah 29 peratus lebih rendah berbanding harga ESSO Malaysia pada sesi akhir dagangan di Bursa Malaysia kelmarin, iaitu RM4.95 sesaham.\rBersandarkan harga semasa saham ESSO Malaysia, penjualan 65 peratus ekuiti itu sepatutnya pada harga kira-kira RM760 juta. \rBerikutan tawaran dikemukakan San Miguel pada harga lebih rendah daripada harga pasaran semasa itu, saham ESSO Malaysia menjunam 17.7 peratus pada akhir dagangan semalam.\rSumber itu berkata, antara strategi yang bakal dikemukakan LTAT bagi menjayakan pengambilalihan itu termasuk menjual loji penapisan milik ESSO Malaysia di Port Dickson, Negeri Sembilan kepada ExxonMobil selepas membeli kepentingan 65 peratus itu, dan menggunakan hasil penjualan itu untuk membuat pembayaran dividen khas kepada pemegang saham.\rKatanya, menerusi cara itu ExxonMobil boleh keluar daripada perniagaan peruncitan petroleum tetapi kekal dalam perniagaan terasnya, penapisan minyak.
[Posting Asal] [Kembali ke Berita Rakyat] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|