View: 128|Reply: 0
|
KL, Islamabad semakin erat
[Copy link]
|
|
Majlis Perniagaan Malaysia-Pakistan bantu 10 warga PakistanKUALA LUMPUR: Selain hubungan di peringkat kerajaan, inisiatif persendirian dan pertubuhan persendirian juga membantu mempererat hubungan Malaysia dan Pakistan, lebih-lebih lagi ketika bulan Ramadan.\n\n\n\nAtas kesedaran ini, Majlis Perniagaan Malaysia-Pakistan atas usaha Pengerusinya, Datuk Mohd Salim Fateh Din menganjurkan majlis berbuka puasa bertujuan mempromosi hubungan dua hala dan pelaburan di antara dua negara Muslim.\n\n\n\n\nMajlis yang berlangsung semalam turut menyaksikan pengumuman mengenai bantuan kepada 10 warga Pakistan yang ditahan di sini atas kesalahan imigresen selain sumbangan kepada tujuh ibu tunggal.Turut hadir ialah Pesuruhjaya Tinggi Pakistan ke Malaysia, Masood Khalid dan timbalannya, Imtiaz A Kazi, petugas suruhanjaya tinggi lain dan perwakilan Majlis Malaysia-Pakistan.Dalam ucapannya, Masood mengucapkan terima kasih dan penghargaannya terhadap usaha hasil ilham Salim membantu dari segi pembiayaan tiket penerbangan membolehkan 10 warga Pakistan itu pulang untuk meneruskan puasa dan menyambut hari raya di tanah air sendiri.Ditanya mengenai bantuan kepada 10 warga Pakistan itu, Salim menjelaskan: “Mereka yang terbabit tiada rekod jenayah. Mereka terkandas di sini kerana pihak yang sepatutnya membantu, tidak berbuat demikian.\n\n\n\n“Sebab itu, kita memberi bantuan. Tambahan lagi, kita ambil peluang juga daripada bulan Ramadan untuk beramal dengan memberi bantuan itu atas tujuan kebajikan,” kata Salim ketika ditemui.Selain 10 warga Pakistan berkenaan, Salim juga mengumumkan bantuan wang kepada tujuh ibu tunggal sebagai persediaan memberi barangan keperluan menjelang Syawal.Antara penerima termasuk Zainabah Mohamed, 43; Noraishah Noor Mohamad, 37; Sharifah Ibrahim, 66 dan Sannon Bibi Ramzan Mohamad, 64, yang juga anggota Kelab Warga Sihat Pakistan.
[Posting Asal] [Kembali ke Berita Rakyat] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|