CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 135|Reply: 0

Bukan 100 peratus komedi

[Copy link]
Post time 18-8-2011 11:05 AM | Show all posts |Read mode
Karipap Karipap Cinta  bersedia masuk panggung 30 Ogos\rFILEM Karipap Karipap Cinta mempertaruhkan sentuhan kreativiti daripada pengarah filem berpengalaman, Othman Hasham yang kali terakhir mengarahkan filem kira-kira 10 tahun lalu menerusi Soalnya Siapa?\r\n\n\n\n\rReputasi Hafsham sebagai pengarah filem bercorak drama komedi memang tidak dinafikan. Ini sudah dibuktikan menerusi filem Adik Manja pada tahun 1979, Mekanik (1983), Ujang (1989), Driving School (1990) selain sebuah filem genre drama berat berjudul Rahsia (1987).\r\r\n\n\n\n\nFilem Karipap Karipap Cinta adalah yang ketiga arahannya pada alaf baru ini selepas Soal Hati pada tahun 2000 dan Soalnya Siapa? (2002). \rOleh kerana kerjayanya sebagai sutradara ini yang tidak konsisten, memungkinkan hasil kerjanya dalam Karipap Karipap Cinta ini ada sedikit kelemahan. Antaranya, mungkin corak pengarahannya tidak senada dengan pendekatan pengarah muda pada hari ini yang lebih agresif.\rKaripap Karipap Cinta terbitan Alternate Pictures diadaptasi dari novel karya, Nazri M Annuar ini dengan kos pembikinan sebanyak RM1.7 juta dan ditayangkan pada 30 Ogos nanti. \rFilem ini sebenarnya mempunyai jalan cerita yang baik, tersendiri serta mencuit hati. Sebagai pengarah berpengalaman, Hafsham memasukkan babak babak berunsur nasihat tetapi tetap tidak mengetepikan elemen hiburan yang santai dan bersahaja. \r\n\n\n\n\rMenurut Hafsham, keseluruhan jalan cerita Karipap Karipap Cinta tidak lari daripada struktur cerita asal di dalam novel cuma terdapat beberapa babak yang diubah mengikut kesesuaian di dalam filem.\r“Filem ini bukan komedi 100 peratus, ada kelakar dalam seriusnya. Saya harap filem ini dapat sambutan. Dari segi barisan pelakonnya, tak ada seorang pun pelawak, malah untuk jadikan filem, saya mengambil masa hampir seminggu membaca novel ini untuk mendapatkan gambaran sebenarnya,” kata pengarah yang suatu ketika amat dikenali kerana mengarahkan filem berunsur komedi yang sinis, Mekanik. \rMenurutnya lagi, lakon layar filem terbabit dihasilkan oleh penulis novel itu sendiri agar dapat menterjemahkan setiap baris ayat di dalam novel ke layar perak.\rPemilihan pelakon dibuat berdasarkan karektor di dalam filem itu sendiri dan bergantung kepada jalan cerita kerana Hafsham beranggapan penonton akan bercerita mengenai filem keseluruhan cerita dalam Karipap Karipap Cinta, terbabit bukannya pelakon.\r“Baik buruk sesebuah filem adalah dari segi jalan ceritanya. Kalau cerita bagus orang akan terus bercerita. Saya perlu beradu nasib dengan filem Hantu Bonceng arahan Ahmad Idham di Hari Raya nanti. Kalau sambutan memberangsangkan, saya akan terus berkarya tetapi kalau tidak, saya akan pencen,” jelasnya.\rWalaupun ceritanya bagus tetapi mungkin pemilihan pelakon utama menyebabkan persembahan Karipap Karipap Cinta kurang menyengat. Ada yang berpendapat gandingan Gambit Saifullah dan pendatang baru, Melia Aimellia untuk memegang watak utama dilihat sebagai kurang tepat. Selain Gambit dan Melia, Karipap Karipap Cinta dibantu pelakon berpengalaman luas, Eman Manan, Afizuddin Fazil, Shawal Ruslan, P Jagen dan Elysya Iksana.\rDari segi lakonan, ternyata Eman Manan lebih menyerlah menerusi aksi komedi selamba walaupun wajahnya dilihat lebih kepada watak serius.\rFilem romantik komedi ini mengisahkan Ali lakonan Gambit yang bertugas sebagai jurugambar di sebuah majalah dan tertarik pada Sarah bekas graduan Universiti Al-Azhar.\rDisebabkan ingin menambat hati Sarah, Ali mengaku pernah belajar di universiti yang sama tetapi tindakan Ali itu mengundang padah kepada dirinya dan terpaksa berdepan dengan pelbagai rintangan. \rMajikan Ali, Datuk Razali Bunari pula terbabit dalam pertelingkahan dengan persaingan politiknya Datuk Zidan, bapa kepada Sarah. Razali berniat jahat untuk menjatuhkan saingannya itu dan ingin mendedahkan dokumen sulit kepunyaan Zidan di dalam majalah politik miliknya.  \rKerana tidak mahu hubungannya dengan Sarah menjadi rumit, Ali dan tiga rakannya memecah masuk rumah Razali dan mencuri dokumen terbabit. Keinginan Ali sebenarnya untuk memperoleh resipi kebahagiaan dan ia diolah dalam kuih karipap yang menjadi kegemaran Sarah.  \rGambit berasa macam Nicholas Saputra\rTidak pernah bekerja dengan Hafsham sebelum ini dan tertarik dengan plot penceritaan filem terbabit membuatkan Eman bersetuju untuk menerima pelawaan membintangi Karipap Karipap Cinta.\rWalaupun pernah bekerjasama dengan ramai pengarah, namun bekerja dengan Hafsham melengkapkan kerjayanya sebagai pelakon.\r“Rasanya tidak lengkap jika saya tidak bekerjasama dengannya walaupun sebelum ini sudah banyak dengar tentang pengarahannya. \r“Berlakon filem serius atau komedi adalah sama, cuma yang membezakan adalah dari segi karektor dan cara pembawaan watak itu sendiri.\rEman Manan mengakui bekerjasama dengan ramai pelakon baru menguji mutu lakonannya dan dalam masa yang sama dapat memberikan tunjuk ajar kepada pelapis baru.\rSementara itu, Gambit pula berasakan karektor Ali dalam filem ini mirip watak Joni lakonan Nicholas Saputra dalam filem, Janji Joni.\r“Saya tak pernah bawa watak macam ini sebelum ini. Sedikit sebanyak watak Ali ini ada juga kaitannya dengan saya. Mulanya memang tak mampu nak lakukan tetapi lama-lama rasa serasi dengan watak itu,” katanya.\rMenganggap Hafsham sebagai pengarah berdedikasi dan seronok untuk bekerjasama, Gambit merasakan peluang yang diberikan tidak mungkin dilepaskan bagi menaikkan kembali namanya.\rWalaupun masih baru dan mentah dalam dunia perfileman, peluang untuk memegang watak utama di dalam filem adalah peluang berharga bagi Melia bagi mencungkil bakat lakonannya.\r“Saya banyak belajar daripada pelakon berpengalaman luas seperti Eman Manan dan Gambit. Tak sangka dapat watak utama kerana saya masih baru dalam bidang ini,” katanya.

[Posting Asal]                [Kembali ke Berita Rakyat]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 01:39 PM GMT+8 , Processed in 0.056089 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list