|
San Miguel Corp ambil alih 65 peratus kepentingan harga RM614.25j\rSPEKULASI mengenai syarikat yang bakal mengambil alih 65 peratus ekuiti dalam ESSO Malaysia Bhd daripada ExxonMobil International Holdings Inc (EMIH) terjawab apabila konglomerat Filipina, San Miguel Corp muncul sebagai pembelinya.\r\n\n\n\n\r Syarikat berpangkalan di Mandaluyong City, Metro Manila itu, semalam melengkapkan perjanjian jual beli (SPA) dengan EMIH untuk mengambil alih kepentingan ekuiti itu pada harga AS$206.020 juta (RM614.25 juta) atau RM3.50 sesaham.\r\r\n\n\n\n\n Harga itu adalah 29 peratus lebih rendah berbanding harga semasa Esso Malaysia yang mana pada sesi akhir dagangan di Bursa Malaysia semalam, sahamnya melonjak 14.1 peratus atau 61 sen untuk ditutup pada RM4.95 sesaham.\rBersandarkan harga semasa saham Esso Malaysia, penjualan 65 peratus ekuiti itu sepatutnya pada harga kira-kira RM760 juta.\rNamun, difahamkan faktor utama EMIH melepaskan 65 peratus ekuitinya itu kepada San Miguel pada harga lebih rendah itu berikutan kesediaan syarikat Filipina itu membuat pelaburan tambahan di kemudahan penapisan minyak Esso Malaysia di Port Dickson, Negeri Sembilan pada masa depan.\rKemudahan itu kini mengeluarkan pelbagai produk termasuk petrol, diesel, gas petroleum cecair (LPG), bahan api jet, minyak tanah dan lain-lain bahan berasaskan petroleum.\r\n\n\n\n\rKetika ini, konglomerat Filipina itu terbabit dalam perniagaan tenaga, telekomunikasi, infrastruktur serta pengeluaran minuman beralkohol.\rIa turut memiliki syarikat pemasaran dan penapisan minyak terbesar di Filipina menerusi penguasaan 68 peratus dalam Petron Corporation.\rEsso Malaysia dalam kenyataannya kepada Bursa Malaysia semalam berkata, penjualan ekuiti itu akan menyediakan peluang yang unik buat San Miguel meluaskan portfolio perniagaan pemasaran dan penapisan minyaknya, di luar Filipina.\r“San Miguel juga turut berada dalam landasan terbaik dan berpotensi untuk meraih manfaat dalam operasi bahagian penapisan minyak sedia ada Esso Malaysia yang sudah di naik taraf kepada segmen produk nilai tambah.\r“Menerusi 560 stesen runcit di Malaysia, Esso Malaysia juga dijangka terus memberikan pendapatan stabil dalam pasaran sedang berkembang,” katanya.\rEMIH melantik Maybank Investment Bank (Maybank-IB) sebagai penasihat bagi melaksanakan penjualan berkenaan.\rSerentak tawaran pengambilalihan itu, San Miguel juga mencadangkan kepada Mobil International Petroleum Corp dan EMIH untuk mengambil alih ExxonMobil Malaysia Sdn Bhd dan Exxon-Mobil Borneo Sdn Bhd membabitkan jumlah AS$403.979 juta (RM1.2 bilion).\rSPA yang dimeterai San Miguel dan EMIH itu bagaimanapun bergantung kepada beberapa syarat, termasuk kelulusan daripada kerajaan.
[Posting Asal] [Kembali ke Berita Rakyat] [Pump!]
|
|