CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 106|Reply: 0

Cinta baru Hans Isaac

[Copy link]
Post time 17-8-2011 09:05 AM | Show all posts |Read mode
Ghairahnya kini tertumpu kepada teater muzikal\rSEBAIK saja pementasan Lat Kampung Boy...Sebuah Muzikal selesai pada April lalu, kelibat Hans Isaac dalam dunia seni seolah-olah lenyap saja. Sejak itu, sudah tidak ada lagi cerita mengenai dirinya sebagai penerbit teater, filem mahupun program TV. Tiada juga perkembangan dirinya yang berkaitan dengan lakonan. \r\n\n\n\n\rBagaimanapun, profil Hans dalam industri hiburan kita memang besar dan meninggalkan kesan tersendiri. \rLelaki yang bakatnya mula dikenali selepas membintangi filem Ringgit Kasorrga pada tahun 1993, kini bagaikan sudah sinonim pula dengan dunia pementasan muzikal. \r\n\n\n\n\n\rSemuanya bermula selepas dia mementaskan Cuci Muzikal pada tahun 2009. Menerima sambutan menggalakkan, muzikal itu dipentaskan sekali lagi setahun kemudian. \rKejayaan menerbitkan Lat Kampung Boy...Sebuah Muzikal pula mengukuhkan lagi nama Hans di arena pementasan. Kini dia sudah ada perancangan untuk mementaskan Cuci The Musical kali ketiga selain membuat persiapan bagi pementasan Lat Kampung Boy...Sebuah Muzikal sekali lagi - semuanya dalam projek produksi Hans bagi tahun 2012 nanti.\rMeskipun bidang pementasan teater dianggap sukar dan memerlukan penelitian yang lebih berbanding filem atau drama, tetapi Hans menganggap bidang terbabit dapat menjana pulangan dalam tempoh masa singkat disamping kos penerbitannya juga boleh diminimumkan.\r“Sudah lama tak berlakon drama sampai ke satu tahap yang saya anggap mutu lakonan saya sampai setakat itu saja, tidak boleh pergi jauh lagi. Jadi, saya mengambil langkah untuk beralih ke bidang teater.\r“Bukan bermaksud berhenti terus daripada bidang lakonan cuma saya kurang berlakon dan berasakan teater lebih memberi jaminan kerana jika dilihat dari segi sambutan, sememangnya masyarakat kini mula menunjukkan minat terhadap teater,” katanya.\rSokongan daripada Istana Budaya (IB) dalam mengembangkan seni pementasan teater turut membuka mata jejaka berusia 40 tahun ini untuk terus berkarya selain cintanya yang semakin mendalam terhadap teater.\rMemulakan pementasan pada 23 Februari tahun depan, Cuci The Musical 3 bakal membuka tirai program IB manakala teater Lat Kampung Boy...Sebuah Musical ke-2 pula akan dipentaskan pada April. Masih mengekalkan beberapa pelakon asal di dalam kedua-dua teater terbabit, Hans akan menampilkan Dina Nadzir sebagai Farah di dalam teater Cuci The Musical edisi terbaru nanti.\r“Saya pilih Dina selepas tengok bakatnya dalam Dreamgirls, sangat mengagumkan dengan lontaran vokalnya yang mantap.\r“Kedua-dua teater ini masih mengekalkan Awie, sebab itu jarak antara pementasan Cuci The Musical 3 dan Lat Kampung Boy,” jelasnya.\rSelepas kejayaan Lat Kampung Boy...Sebuah Musical pada April lalu, Hans mengambil masa yang panjang untuk berehat serta menenangkan fikiran sehingga membawanya ke pulau Maldives. \rGhairahnya terhadap teater yang dianggap menjanjikan pulangan yang cepat, membuatkan Hans mempunyai perancangan untuk mementaskan satu lagi persembahan muzikal baru berjuduk Rejang The Musical yang mahu dipentaskan pada 2013 nanti.\r“Untuk tahun depan jadual IB sudah penuh dengan pelbagai program dan minggu lalu baru saya dapat kebenaran daripada Ketua Pengarah IB, Mohamed Juhari Shaarani iaitu Rejang The Movie dipentaskan pada 2013.\r“Ramai orang tanya saya kenapa tak bawa teater dari luar negara. Saya lebih suka menghasilkan karya tempatan yang mencerminkan budaya dan sejarah kita.\r“Kalau buat filem pulangannya mengambil masa lebih setahun, tetapi teater ambil masa empat bulan saja sudah dapat keuntungan. Lagipun kos menghasilkan filem lebih mahal berbanding teater,” katanya.\rBerlakon tidak dilupakan\rBIARPUN fokusnya kini lebih terarah kepada seni teater, Hans menegaskan dia juga masih aktif berlakon dan mengarah filem. Malahan dia bersiap sedia untuk memulakan penggambaran filem kedua terbitan Tall Order Production berjudul Lemak Kampung Santan yang akan dimulakan pada 8 September depan.\rFilem komedi romantik ini akan menampilkan dirinya sebagai teraju utama bergandingan dengan Neelofa dan Scha Al-Yahya.\r“Neelofa mempunyai karektor tersendiri serta seorang yang menarik, ada harapan, ada daya penarik dan ada gaya intonasi tersendiri. Cerita asal adalah karya saya sendiri tetapi dibantu oleh Harith Iskandar sebagai penulis skrip,” jelasnya.\rSelain filem, Hans juga kini sibuk menjalani penggambaran drama bersiri Tujuh Gerhana arahan Amar Delon bergandingan dengan Vanida Imran, malah filem terbaru lakonannya Misteri Jalan Lama diarahkan oleh Afdlin Shauki bakal ke pawagam November depan.\rSelepas selesai penggambaran drama 13 episod terbabit, Hans akan membintangi filem Gangster arahan Pierre Andre sebelum memulakan penggambaran filem keduanya itu.\rKonsert gandingkan Awie, Ella\rMinatnya terhadap bidang seni tidak pernah pudar sehingga bercadang untuk menubuhkan syarikatnya sendiri, Hans On Sounds and Light bagi mengembangkan bakat baru dalam bidang lakonan dan pementasan teater.\rPenubuhan syarikatnya itu nanti akan membawa perubahan dalam kedua-dua cabang seni dan dapat melahirkan ramai bakat baru dalam memartabatkan arena lakonan dan teater.\r“Saya kena cari perniagaan yang tak fokus kepada satu cabang saja. Kalau buat filem, saya kena tulis skrip sendiri tengok macam sekarang kalau filem gangster, ramai yang nak buat filem aksi, macam itu juga filem hantu.\r“Saya nak artis percaya pada syarikat saya dan kalau boleh saya nak ada satu lagi panggung macam IB tetapi diuruskan oleh kerajaan dan swasta, jadi tak perlu risau pasal tarikh pementasan,” katanya.\rHans tidak pernah menganggap setiap karya yang dihasilkannya mengenengahkan rakannya, sendiri sebaliknya turut mengembangkan bakat lain yang ada dalam industri.\rBaginya, setiap orang mempunyai daya tarikan tersendiri dari segi bakat dan keupayaan dalam membawakan watak bahkan tidak pernah menganggap Awie sebagai ayam tambatan dalam produksinya.\r“Awie pernah cakap, dia takut nak berlakon dalam teater sebab berbeza dari filem, tetapi saya yakinkan dia dalam mempelbagaikan lagi bakatnya. Saya suka kesungguhan dan tanggungjawab Awie kerana dia ikut apa yang saya cakap dan dia betul-betul fokus dalam lakonan sebab itu saya masih mengekalkan dia bukan sebab dia kawan rapat,” jelasnya.\rHans bercadang menganjurkan konsert jelajah yang menggandingkan Awie dan Ella. Dengan cara ini, syarikatnya tidak hanya tertumpu kepada bidang lakonan semata-mata sebaliknya berupaya mengendalikan konsert besar.\rTangguh kahwin\rWalaupun sering dikaitkan dengan ramai wanita, Hans atau nama sebenarnya, Gerald Hans Isaac tidak pernah menganggap serius malah dengan usianya yang semakin meningkat dia sebenarnya lebih senang bersendirian.\r“Saya belum bersedia untuk fikirkan soal kahwin. Bukan tak nak kahwin cuma belum sampai masanya lagi kerana komitmen saya kepada keluarga lebih penting.\r“Emak saya sekarang tak sihat sebab menghidap kanser. Jadi saya kena beri tumpuan lebih kepada dia. Setahun lalu saya ada meminati seorang gadis tetapi memandangkan kesihatan emak yang kurang baik waktu itu jadi saya terpaksa lupakan dia.\r“Mungkin jodoh saya belum sampai jadi lebih baik saya beri tumpuan sepenuhnya kepada keluarga. Sesibuk mana pun saya tetap luangkan masa untuk emak saya,” katanya.\rSebagai anak, Hans lebih mementingkan kesihatan ibunya, Carmina Isaac, 73 yang dirasakan inilah masa untuknya membalas segala jasa dan pengorbanan ibunya itu. Bagi Hans, sokongan ibunya amat penting dalam memajukan kerjayanya sejak dirinya mula bertapak dalam bidang seni lagi.

[Posting Asal]                [Kembali ke Berita Rakyat]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 01:43 PM GMT+8 , Processed in 0.064183 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list