View: 131|Reply: 0
|
6 peratus 'cuti' awal Ramadan
[Copy link]
|
|
AL-KHOBAR: Lebih enam peratus kakitangan awam di Arab Saudi termasuk ketua jabatan dan pengarah tidak bekerja sepanjang 10 hari pertama Ramadan, lapor Lembaga Kawalan dan Siasatan (CIB).\rMenurut akhbar Al-Youm, laporan berkenaan dikumpulkan 20 cawangan CIB di seluruh negara itu.\r\n\n\n\n\r Ia turut mendedahkan bahawa sebilangan kakitangan kerajaan juga berulang kali tidak hadir atau gagal melapor diri mengikut waktu pejabat.\r\r\n\n\n\n\n Kebanyakan kakitangan yang tidak hadir adalah mereka yang bekerja dengan agensi kerajaan yang penting, sekali gus melambatkan khidmat diperlukan pihak awam, lapor akhbar Saudi Gazette. \rSeorang pegawai berkata, ketidakhadiran kakitangan kerajaan tahun ini dua peratus lebih rendah daripada kadar tempoh yang sama tahun lalu.\rPasukan agensi itu juga mengesan banyak kes kecuaian dan mendapati sikap malas ketara di kebanyakan pekerja agensi awam sejak seminggu lalu. – Agensi
[Posting Asal] [Kembali ke Berita Rakyat] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|