CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 129|Reply: 0

Britain potong bantuan kebajikan perusuh didapati bersalah

[Copy link]
Post time 16-8-2011 09:05 AM | Show all posts |Read mode
LONDON: Sesiapa yang didapati bersalah oleh mahkamah atas dakwaan terbabit dalam rusuhan minggu lalu boleh kehilangan skim bantuan kebajikan kerajaan, walaupun tidak dikenakan hukuman  penjara, kata Setiausaha Kerja dan Pencen Britain, Iain Duncan Smith.\rBeliau menjelaskan, pihak berkuasa mengkaji melaksanakan langkah itu yang ketika ini dilakukan hanya jika orang berkenaan dipenjara, lapor akhbar di sini.\r\n\n\n\n\r“Pada masa ini, saya sedang mengkaji sama ada boleh melaksanakannya supaya mereka kehilangan bantuan berkenaan buat sementara waktu,” katanya dalam wawancara dengan Perbadanan Penyiaran Britain (BBC), semalam.\r\r\n\n\n\n\nKatanya, perkara itu lebih baik jika diarahkan oleh badan kehakiman daripada dibuat berdasarkan cadangan pihaknya.\rKatanya, sebahagian besar rusuhan baru-baru ini digerakkan oleh kumpulan samseng dan disertai oleh orang awam hingga melanggar undang-undang.\r“Ramai yang terpengaruh dengan keadaan hingga tidak memikirkan padahnya. Mereka lihat ada kesempatan untuk merompak kedai, memecahkan tingkap, melontar batu-bata ke arah polis hingga menyertai kumpulan perusuh lain.\r“Mereka sepatutnya tahu perbezaan apa yang betul dan salah, mereka tidak sepatutnya melakukannya, tetapi itulah sebab ramai terperangkap dan kini menghadapi tindakan undang-undang,” kata menteri itu.\r\n\n\n\n\rSementara itu, polis berkata, mereka menemui senjata api dan barangan curi di beberapa kediaman di Camden selain pisau, penukul dan dua mesin juruwang selepas menggunakan pengesan besi di kawasan berkenaan.\r“Penemuan ini mengejutkan. Beberapa bilah pisau yang mungkin digunakan untuk melakukan jenayah sudah dirampas,” kata ketua inspektor Eric Phelps.\rKelmarin, beratus-ratus penduduk di  Birmingham, berarak beramai-ramai untuk keamanan dan perpaduan kaum.\rDalam perarakan yang diadakan sebagai mengenang kematian tiga warga keturunan Pakistan yang terbunuh minggu lalu turut disertai masyarakat kulit putih dan anggota polis. \rPolis  Birmingham mendakwa dua lelaki berusia 20-an dan seorang remaja 17 tahun atas pembunuhan Haroon Jahan, 20, dan adik beradik Shazad Ali, 30, serta Abdul Nasir, 31. – Agensi

[Posting Asal]                [Kembali ke Berita Rakyat]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 01:45 PM GMT+8 , Processed in 0.046103 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list