CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 191|Reply: 0

Duta Olimpik, model antara perusuh

[Copy link]
Post time 14-8-2011 09:05 AM | Show all posts |Read mode
Demonstrasi ganas dedah penjenayah di sebalik topeng warga kota elitLONDON: Seramai 700 sudah didakwa manakala 1,900 lagi ditahan kerana melakukan rusuhan dan mencuri selain merosakkan harta benda awam selepas protes terhadap kematian seorang lelaki kulit hitam yang ditembak mati polis bertukar ganas, Sabtu lalu.\n\n\n\nAntara yang didakwa termasuk Duta Olimpik Britain, Chelsea Ives, 18, yang dituduh mencuri, berkelakuan ganas dan membaling batu ke arah polis ketika rusuhan meletus di utara London, Ahad lalu.\n\n\n\n\nAkhbar melaporkan, ibu bapanya mengecam anak mereka antara perusuh di televisyen dan menyerahkannya kepada pihak berkuasa. Dia ditahan untuk dihadapkan ke mahkamah, Rabu depan.Dalam  kes lain, seorang model menitiskan air mata di mahkamah selepas dihukum penjara enam bulan kerana cuba mencuri barangan sebuah pasar raya ketika rusuhan. Shonola Smith, 22, ditahan di luar Argos di Croydon bersama kakaknya, Alicia dan rakan mereka, Donness Bissessar, 22.Mereka mengaku masuk ke kedai itu untuk mencuri, malam Isnin lalu.  Alicia dan Bissessar dikenakan hukuman sama.\n\n\n\nOrang lain yang turut menghadapi pendakwaan termasuk seorang kanak-kanak lelaki berusia 11 tahun, penari balet yang masih remaja dan  pelajar universiti.Seorang graduan universiti, Natasha Reid, 24, turut mengaku mencuri televisyen di sebuah kedai elektronik dan menyerah diri kerana tidak dapat tidur akibat rasa bersalah, kata peguamnya.Datuk Bandar London, Boris Johnson, berkata hukuman  dikenakan ke atas semua tertuduh setimpal dengan kesalahan mereka.“Inilah yang mahu dilihat penduduk London,” katanya.Sementara itu, ribuan anggota polis berkawal sebagai langkah  berjaga-jaga di kota utama Britain.Ratusan kedai dipecah masuk dan dicuri, bangunan dibakar dan lima orang terbunuh dalam kekacauan terburuk negara itu sejak beberapa dekad lalu.Ia sebagai menjawab pandangan Perdana Menteri, David Cameron bahawa anggota keselamatan mulanya gagal mengawal perusuh atas alasan ‘terlalu sedikit anggota polis ditempatkan di tempat awam dan taktik  digunakan gagal.’Keadaan terkawal mulai Selasa apabila 16,000 anggota polis mula berkawal di London, tiga kali ganda daripada malam sebelumnya.Parlimen Britain kembali bersidang bagi perdebatan kecemasan  kekacauan itu, Khamis lalu dengan Cameron menjanjikan pihak berkuasa menggunakan undang-undang bagi menyekat masalah berulang. – AP

[Posting Asal]                [Kembali ke Berita Rakyat]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 07:38 PM GMT+8 , Processed in 0.205187 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list