CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 108|Reply: 0

Maybank sasar eDividend 70 peratus pada 2013

[Copy link]
Post time 13-8-2011 09:05 AM | Show all posts |Read mode
Sistem elektronik beri nilai tambah kepada pelanggan\rMALAYAN Banking Bhd (Maybank) menyasar menguasai 70 peratus pasaran pembayaran dividen secara elektronik menjelang 2013 dengan pengenalan sistem eDividend yang di naik taraf.\r\n\n\n\n\rTimbalan Presiden yang juga Ketua Perbankan Borong Globalnya, Abdul Farid Alias, berkata sasaran itu disandarkan kepada keyakinan bahawa lebih ramai pelanggan akan mengguna pakai perkhidmatan itu pada masa depan.\r\r\n\n\n\n\n“Sistem itu memperkenalkan manfaat tambahan kepada pelanggan termasuk penjimatan kos, lebih mudah, selamat dan anjal. Ia adalah yang terbaik dalam kelasnya.\r“Sasaran kami ialah menguasai 70 peratus pasaran pembayaran dividen elektronik tempatan pada 2013 berbanding penguasaan 30 peratus ketika ini,” katanya pada majlis pelancaran sistem terbaru itu di Kuala Lumpur, semalam.\rAbdul Farid berkata, pelancaran perkhidmatan eDividend itu adalah satu lagi pencapaian kepada sistem pengurusan tunai elektronik Maybank atau Maybank2e.net.\rBeliau berkata, menerusi perkhidmatan baru itu Maybank memperkenalkan satu sistem lebih menjimatkan kos, lebih mudah, selamat dan anjal ditawarkan kepada pendaftar dan pelanggan korporat.\r\n\n\n\n\rMaybank juga, katanya adalah bank pertama di negara ini menjalinkan  pakatan strategik dengan LHDN untuk memproses cukai ke atas dividen secara automatik, sekali gus tidak lagi memerlukan salinan cetak baucar cukai.\rAbdul Farid berkata, mengambil kira besarnya perniagaan pembayaran elektronik menerusi Maybank2e.net, pihaknya akan memastikan kekukuhan sistem itu bagi memenuhi keperluan pembayaran yang meningkat.\r“Kami akan terus meneroka bidang baru yang membolehkan kami menggunakan teknologi tercanggih untuk berkhidmat kepada pelanggan dengan lebih baik lagi,” katanya sambil menambah Maybank akan memperkenalkan lebih banyak keupayaan Maybank2e.net dalam beberapa bulan lagi.\reDividend adalah  modul dalam sistem pengurusan tunai elektronik Maybank atau Maybank2e.net.\rModul lain antaranya merangkumi pengurusan maklumat, pengurusan pembayaran gaji dan pengurusan kecairan. Maybank2e.net dilancarkan pada 2003.\r

[Posting Asal]                [Kembali ke Berita Rakyat]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 10:36 PM GMT+8 , Processed in 0.401935 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list