CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 111|Reply: 0

Bryan tak letak sasaran tinggi

[Copy link]
Post time 13-8-2011 09:05 AM | Show all posts |Read mode
Kesukaran di Shenzhen hadkan impian atlit terjun  raih pingat\rNAMANYA cukup gah di Malaysia namun Bryan Nickson Lomas tidak meletakkan harapan tinggi ketika beraksi di temasya Sukan Universiti Dunia (Universiade) Shenzhen apabila kolam terjun membuka cabarannya, Selasa ini.\r\n\n\n\n\r   Bryan yang sudah pun layak ke temasya Sukan Olimpik London 2012 menerusi acara 3 meter papan anjal berkata, tahap kesukaran di Shenzhen mengehadkan sasarannya untuk memperoleh pingat.\r\r\n\n\n\n\n   “Mungkin Pandelela (Rinong) dan Leong Mun Yee lebih berpeluang meraih pingat di sini berdasarkan kedudukan dan prestasi semasa mereka,” kata atlit terjun kelahiran Sarawak itu.\r“Kebanyakan peserta yang beraksi di Kejohanan Dunia lalu, turut bertanding di sini. Jadi cabarannya pasti sengit tetapi saya tetap akan melakukan yang terbaik. Sasaran hanya mara ke final saja,” katanya yang turut mengambil bahagian dalam acara 10 meter platform.\rLomas berkata, sekalipun sudah melepasi had kelayakan ke Sukan Olimpik dalam acara 3 meter papan anjal, dia turut berharap dapat mengejar tiket kelayakan dalam acara kegemarannya, 10 meter platform.\r“Jadi, Universiade boleh menjadi medan ujian terbaik bagi memantapkan lagi terjunan saya sebelum menyertai kejohanan Kejohanan Terjun Asia di Kuala Lumpur, September depan dan Kejohanan Dunia di London, Februari tahun depan.”

[Posting Asal]                [Kembali ke Berita Rakyat]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-12-2024 06:09 AM GMT+8 , Processed in 0.718277 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list