|
MASHOLIDAYS, unit pelancongan Penerbangan Malaysia (MAS), akan menawarkan pakej percutian ke resort tepian pantai, tempat ekopelancongan, warisan dan destinasi pelancongan moden pada Pameran MATTA 2011 di Pusat dagangan Dunia Putra dari 12 hingga 14 Ogos ini.\rLebih 80 pakej istimewa meliputi destinasi tempatan, serantau dan antarabangsa akan ditawarkan sepanjang pameran itu.\r\r \"Tempoh perjalanan bagi pakej destinasi tempatan bermula pada 5 September, 2011 dan berakhir pada 28 Februari 2012.\r\n\n\n\n\n\r\"Pakej ASEAN meliputi dari 19 Ogos, 2011 hingga 31 Mac, 2012,\" katanya.\rNaib Presiden Eksekutif Strategi Komersial MAS, Datuk Dr Amin Khan, berkata pelanggan harus merebut peluang ini dan merancang percutian mereka lebih awal.\r\"MASholidays telah mengadakan rangkaian produk dan perkhidmatan yang luas termasuk pakej kendalian sendiri bagi banyak destinasi di 16 negara, 70 bandar raya dan penginapan di lebih 25,000 hotel seluruh dunia,\" katanya.\rMAS berkata, pelanggan yang tidak dapat mengunjungi pameran itu boleh membeli tiket di pejabat jualan tiketnya, ejen dilantik, pusat panggilan atau melalui laman web www.malaysiaairlines.com.
[Posting Asal] [Kembali ke Berita Rakyat] [Pump!]
|
|