|
Temu Annie Au di suku akhir Terbuka Australia\rRATU skuasy negara, Nicol David yang berjaya menumpaskan pemain England, Emily Whitlock, Rabu lalu dijadualkan meneruskan saingan di peringkat suku akhir bertemu Annie Au dari Hong Kong, hari ini bagi memburu kejuaraan pertama pada Terbuka Australia. \r\n\n\n\n\r Nicol, yang berusia 28 tahun itu dijangka menempuh laluan mudah memandangkan pemegang ranking nombor satu dunia itu pernah mencatat kemenangan ketika bertemu Annie di Terbuka Singapura, bulan lalu. \r\r\n\n\n\n\n Tiga perlawanan peringkat sama lain membabitkan pertemuan pemain nombor dua dunia, Jenny Duncalf dari England menentang Natalie Grinham dari Belanda yang sebelum ini membuat kejutan besar menumpaskan pemain nombor enam dunia, Kasey Brown dari Australia 11-9,7-11,12-10,11-9.\rSementara itu, perlawanan di peringkat pusingan kedua yang membabitkan pemain negara semalam menyaksikan Mohd Nafiizwan Adnan dan Delia Arnold tewas kepada lawan masing-masing, Peter Barker dari England (11-4,11-2,11-7) dan Joelle King dari New Zealand (5-11, 11-13, 9-11) sekali gus gagal mengikuti jejak Nicol ke suku akhir.\rJuara bertahan Madeline Perry dari Ireland turut mara ke suku akhir selepas mengalahkan pemain Hong Kong, Joey Chan, 11-8, 6-11, 11-3, 11-2.\rPUSINGAN KEDUA\r\n\n\n\nJenny Duncalf (ENG) mn Gaby Huber (SUI) 11-5, 11-3, 11-1 \rNatalie Grinham (NED) mn Kasey Brown (AUS) 11-9, 7-11, 12-10, 11-9\rJoelle King (NZL) mn Delia Arnold (MAS) 11-5, 13-11, 11-9\rMadeline Perry (IRL) mn Joey Chan (HKG) 11-8, 6-11, 11-3, 11-2
[Posting Asal] [Kembali ke Berita Rakyat] [Pump!]
|
|