CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 101|Reply: 0

Saham MAS melonjak 18.13 peratus

[Copy link]
Post time 11-8-2011 09:05 AM | Show all posts |Read mode
Kenaikan harian terbesar dalam 12 tahun  selepas meterai perjanjian dengan   AirAsia \rHARGA saham Penerbangan Malaysia (MAS) melonjak sehingga 18.13 peratus atau 29 sen sesaham semalam, iaitu jumlah kenaikan harian terbesar dalam tempoh 12 tahun, selepas ia memeterai perjanjian pertukaran saham dengan pesaingnya, AirAsia Bhd.\r\n\n\n\n\r  Harga saham syarikat penerbangan itu yang digantung urus niaga sejak Isnin itu, dibuka semula pada RM1.85 sesaham, sebelum meningkat kepada RM1.89 sesaham, naik 18 peratus iaitu lonjakan harian terbesarnya sejak Ogos 1999.\r\r\n\n\n\n\n  Bagaimanapun kegiatan pengambilan untung pada sesi petang menyaksikan ia ditutup pada RM1.72, naik 7.5 peratus atau 12 sen berbanding harga penutup 5 Ogos lalu pada RM1.60 sebelum ia digantung urus niaga selama dua hari bagi memberi laluan pengumuman urus niaga pertukaran saham itu.\rSituasi itu bagaimanapun berbeza dengan saham AirAsia apabila harga saham syarikat penerbangan tambang murah terbesar di Asia itu mengalami tekanan jualan dengan penyusutan sehingga 13.7 peratus atau 54 sen kepada RM3.41 pada sesi pagi sebelum ditutup pada RM3.54, susut 10.38 peratus atau 41 sen daripada harga penutup sebelumnya RM3.95.\rKelmarin Tune Air Sdn Bhd, iaitu pemegang saham terbesar AirAsia Bhd bersetuju untuk memiliki 20.5 peratus ekuiti dalam MAS setelah memeterai perjanjian di bawah Rangka Kerja Kerjasama Komprehensif (CCF) dengan Khazanah Nasional Bhd (Khazanah), iaitu pemegang saham terbesar MAS.\rSebagai tukaran, Khazanah yang masih menjadi pemegang saham terbesar MAS, kini menguasai 10 peratus kepentingan dalam AirAsia.\r\n\n\n\n\rDi bawah pakatan itu, kedua-dua syarikat penerbangan itu meninjau peluang menjalinkan kerjasama dalam pelbagai bidang termasuk rancangan pembelian pesawat dan pembukaan beberapa laluan penerbangan baru.\rPenganalisis Hong Leong Investment Bank (HLIB), Low Yee Huap, berkata pakatan berkenaan memberi sedikit kelebihan kepada MAS kerana kerjasama itu berpotensi menyediakan pelan pemulihan lebih fokus kepada syarikat itu.\rKatanya, pembabitan Tune Air sebagai antara pemegang saham utama MAS, kemasukan Tan Sri Tony Fernandes dan Datuk Kamarudin Meranun ke dalam barisan lembaga pengarah serta perubahan besar dalam pengurusan sedia ada mencerminkan keyakinan Tune Air terhadap potensi syarikat penerbangan nasional itu.\r“Selain manfaat dari segi sinergi skala ekonomi, tumpuan serta-merta untuk MAS ialah supaya ia dapat mengurangkan kos operasinya. \r“Dalam hal ini, MAS akan memanfaatkan sepenuhnya pengalaman AirAsia dalam mengekalkan struktur kos rendah yang mana struktur kos sedia ada MAS dijangka akan dirombak tidak lama lagi,” katanya dalam satu nota penyelidikan.\rBeliau berkata, MAS juga dijangka melalui lebih banyak proses penjenamaan selepas ini, sama seperti dilakukan AirAsia dalam usahanya meningkatkan permintaan serta bersaing dengan peserta utama serantau seperti Singapore Airlines (SIA) dan Cathay Pacific.\r“Begitu pun, usaha meningkatkan tahap kepercayaan pelanggan mungkin mengambil masa lebih lama kerana Malaysia masih belum menjadi hab transit dan kewangan yang kukuh berbanding Singapura atau Hong Kong,” katanya.\rBagi AirAsia pula, katanya pakatan itu akan mengukuhkan kedudukannya sebagai penyedia perkhidmatan penerbangan tambang murah serantau.\r“Apabila Firefly keluar daripada segmen penerbangan tambang murah, AirAsia akan menjadi satu-satunya penyedia perkhidmatan itu di Malaysia sekali gus membolehkannya menguasai kawalan lebih baik ke atas pasaran serta punca pendapatan.\r“Kemasukan Khazanah ke dalam syarikat itu dijangka akan menyediakan peluang perniagaan lebih luas kepada AirAsia dan MAS dari segi kelulusan laluan baru.\r“AirAsia, termasuk syarikat sekutu AirAsia X akan dapat menerbangkan pesawatnya di laluan eksklusif MAS serta laluan baru, sekali gus meningkatkan lagi rangkaian serta pendapatannya,” katanya.\rSementara itu, MIDF Research dalam nota penyelidikannya mengekalkan penilaian neutral ke atas saham sektor penerbangan berikutan kebimbangan persekitaran semasa ekonomi yang masih rapuh serta potensi kemelesetan berganda tahun depan.\rBagaimanapun, firma penyelidikan itu menaikkan penilaian beli ke atas saham MAS dan AirAsia dengan harga sasaran masing-masing RM1.90 dan RM4.60 untuk tahun ini.\r

[Posting Asal]                [Kembali ke Berita Rakyat]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 11:09 PM GMT+8 , Processed in 1.750077 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list