|
Chong Wei sudah bersedia tempuh gelora saingan dengan lebih yakin \rANDAI berpandu kepada kata-kata Lee Chong Wei, semalam dia tampak sudah bersedia menempuh gelora berikut dalam kancah badminton Kejohanan Dunia dengan sifat yakin.\r\n\n\n\n\r Semalam, pemain nombor satu dunia itu layak ke pusingan ketiga dan akan berdepan pemain Korea Selatan, Park Sung-hwan ketika pertembungan ini harus memberi gambaran mengenai prospeknya menjuarai edisi kali ini di Arena Wembley.\r\r\n\n\n\n\n “Sung-hwan memang pemain penuh berpengalaman dan memiliki corak permainan baik. Tapi, saya yakin dapat menewaskannya,” katanya Chong Wei selepas mudah menewaskan Lang Ville dari Finland, 21-10, 21-10 dalam masa 29 minit di pusingan kedua.\rSung-hwan menewaskan rakan senegaranya, Shon Wan-ho 21-14, 21-10, juga di pusingan kedua.\rKali terakhir Chong Wei dan Sung-hwan bertemu adalah di Piala Sudirman, pada Mei lalu, dengan kemenangan memihak pemain negara.\rNamun, apabila diajukan persoalan apakah Sung-hwan dapat meningkatkan corak permainan seperti dilakukan ketika menyingkirkan Lin Dan di pusingan ketiga di Paris tahun lalu, Chong Wei berkata: Saya tidak kisah.\r\n\n\n\n\r“Yang penting saya fokus kepada diri saya sendiri. Saya akan memberi tumpuan kepada corak permainan saya sendiri tanpa perlu bimbang mengenai Sung-hwan.”\rSementara itu, jurulatih perseorangan Tey Seu Bock berkata, Sung-hwan lebih kepada pemain stroke yang mungkin memberi kelebihan kepada anak didiknya, Chong Wei yang terkenal dengan corak permainan menyerang.\r“Jika Chong Wei mengekalkan persembahannya seperti hari ini, dia tiada masalah menewaskan Sung-hwan,” katanya.\r
[Posting Asal] [Kembali ke Berita Rakyat] [Pump!]
|
|