|
Perusuh guna Twitter, Facebook rancang keganasan, 69 kena dakwaLONDON: Rusuhan di London berpunca daripada tindakan membantah tindakan polis menembak seorang lelaki kulit hitam, merebak pada hari ketiga semalam ke beberapa kota lain termasuk Birmingham, Bristol, Nottingham, Liverpool dan Leeds.\rPolis mengaku sukar mengawal keadaan kerana perusuh menggunakan laman web sosial seperti Twitter dan Facebook untuk merancang keganasan.\r\n\n\n\n\rSeorang lelaki juga ditembak mati di Croydon, korban pertama rusuhan.\rKeadaan itu menjadikan pasukan polis memantau rapi laman web sosial itu dan akan mendakwa sesiapa yang menggunakannya untuk mencetuskan keganasan. Satu kiriman di laman web berkenaan menggesa pegawai polis dibunuh.\r\n\n\n\n\n\rKeganasan yang bermula di Tottenham, utara London Sabtu lalu merebak ke selatan dan timur ke Brixton, Streatham, Walthamstow, Edmonton, Enfield, Oxford Circus dan Islington keesokan hari.\rRusuhan serius kemudian merebak ke Hackney, Peckham dan Ealing selain Deptford, Camden, Kensington, Lewisham, Bethnal Green dan Woolwich\rRusuhan paling buruk dalam masa beberapa dekad itu tercetus berikutan kemarahan orang ramai terhadap kematian Mark Duggan, 29, yang ditembak polis, Khamis lalu.\rPolis dibaling dengan mercun dan bom petrol, manakala cermin kereta peronda dipecahkan dan kenderaan serta bangunan lain dibakar. \r\n\n\n\n\rPerusuh juga memecahkan tingkap kedai dan ada merompak orang awam termasuk membogelkan mangsa.\rLebih 525 ditahan dan 69 didakwa atas kekacauan ini yang turut menyaksikan res toran chef terkenal, Jamie Olliver diselongkar perusuh.\rBagaimanapun, pihak berkuasa menghadapi masalah kerana semua bilik tahanan di balai polis di London sudah penuh, manakala 44 anggota polis cedera.\rPolis juga terpaksa menggunakan kereta perisai bagi menghalang kemaraan 150 perusuh di Lavender Hill, Clapham. – Agensi
[Posting Asal] [Kembali ke Berita Rakyat] [Pump!]
|
|