|
Tawaran ambil alih pada harga 90 sen sesahamSEBUAH konsortium yang dianggotai pemegang saham utama Ranhill Bhd mengemukakan tawaran mengambilalih keseluruhan baki saham yang belum dimilikinya dalam syarikat pembinaan dan kejuruteraan itu dalam satu urus niaga bernilai RM259 juta atau 90 sen sesaham.\rKonsortium yang diketuai Presiden dan Ketua Eksekutif Ranhill, Tan Sri Hamdan Mohamad itu, bercadang membeli baki 48.14 peratus atau 287.52 juta saham dan jika urus niaga itu menjadi kenyataan, syarikat yang kini disenaraikan di Pasaran Utama Bursa Malaysia itu akan dijadikan syarikat persendirian. \r\n\n\n\n\r Harga tawaran 90 sen sesaham itu adalah 20 peratus atau 15 sen lebih tinggi berbanding harga saham Ranhill pada penutup dagangan di Bursa Malaysia kelmarin iaitu 75 sen sesaham sebelum ia digantung urus niaga semalam.\r\r\n\n\n\n\n Bagaimanapun, tawaran itu mewakili diskaun 28 peratus berbanding aset bersih sesaham kumpulan itu iaitu RM1.25 setakat 31 Mac lalu.\rSelain Hamdan, konsortium itu turut disertai empat lagi syarikat lain, iaitu Cheval Infrastructure Fund LP yang bertindak menerusi rakannya, TAEL Management Co (Cayman) Ltd, Ranhill Corporation Sdn Bhd, Lambang Optima Sdn Bhd dan Pacific Energy Overseas Ltd. \rSetakat ini, Hamdan dan empat rakan kongsinya memegang 51.86 peratus kepentingan dalam Ranhill.\rMaybank Investment Bank (Maybank IB) yang mewakili konsortium itu dalam surat tawarannya kepada pemegang saham Ranhill, berkata tawaran pengambilalihan itu akan kekal terbuka sehingga 5 petang dalam tempoh 21 hari, mulai semalam.\r\n\n\n\n\r“Pertimbangan tunai membabitkan pembelian baki saham berkenaan pula akan ditanggung sepenuhnya oleh Cheval. \r“Cheval juga turut mengesahkan tawaran pengambilalihan baki saham berkenaan tidak akan gagal berikutan ia memiliki kemampuan kewangan yang mencukupi,” katanya.\rDifahamkan, Cheval dijangka tidak akan berdepan sebarang masalah kewangan untuk merealisasikan pengambilalihan baki saham itu memandangkan ia disokong sepenuhnya oleh kumpulan dana ekuiti persendirian, iaitu TAEL Partners.\rMengulas mengenainya, Lembaga Pengarah Ranhill, menerusi satu kenyataannya kepada Bursa Malaysia semalam berkata, ia akan membuat penelitian dan pertimbangan terhadap tawaran pengambilalihan baki saham itu.\r“Berhubung kepada tawaran itu, Lembaga Pengarah akan membuat penelitian dan pertimbangan terlebih dulu sebelum mengumumkan sama ada ia berhasrat untuk melantik pihak alternatif lain bagi mengemukakan tawaran pengambilalihan untuk tawaran saham itu.\r“Selaras dengan Kod Pengambilalihan dan Penggabungan 2010, Lembaga Pengarah Ranhill turut akan melantik perunding bebas bagi tujuan tawaran pengambilalihan berkenaan.\r“Salinan notis juga akan dihantar kepada pemegang saham Ranhill dalam tempoh tujuh hari dari tarikh penerimaan (tawaran),” katanya.\r
[Posting Asal] [Kembali ke Berita Rakyat] [Pump!]
|
|