CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 146|Reply: 0

SapuraCrest ambil alih Clough

[Copy link]
Post time 9-8-2011 01:05 PM | Show all posts |Read mode
SAPURACREST Petroleum Bhd mengukuhkan lagi perniagaannya apabila mengambil alih operasi kejuruteraan luar pesisir dan pembinaan marin penyedia perkhidmatan minyak dan gas global, Clough Ltd di Australia, United Kingdom (UK) serta Amerika Syarikat (AS).\rAnak syarikat Sapura Group itu semalam memeterai perjanjian bersyarat dengan Clough dalam satu urus niaga bernilai kira-kira RM400 juta.\r\n\n\n\n\rPerjanjian itu dimeterai dalam satu majlis di Perth oleh Presiden dan Naib Pengerusi Eksekutif SapuraCrest, Datuk Shahril Shamsuddin dan Ketua Eksekutif Clough, John Smith.\r\r\n\n\n\n\nDalam satu kenyataan, SapuraCrest berkata, pengambilalihan itu menyediakan platform global untuk beroperasi serta peluang mengembangkan kegiatannya dalam segmen perairan dalam dan sub laut.\rKatanya, ia termasuk keupayaan dari segi reka bentuk konsep, reka bentuk kejuruteraan akhir, reka bentuk platform dan saluran paip terperinci serta pemasangan sub laut sepenuhnya merangkumi proses pengeluaran minyak dan gas luar pesisir.\rSapuraCrest berkata, pengukuhan keupayaan, rangkaian dan asas aset susulan pembelian itu akan turut meletakkan kedudukannya secara strategik untuk meneroka peluang mengembangkan kehadirannya di pasaran luar pesisir penting seperti Indonesia, Vietnam, Thailand, China, Australia, India dan Brazil.\r“Begitu pun, pasaran domestik yang kini mewakili sebahagian besar nilai tempahan projek syarikat akan terus menjadi keutamaan memandangkan meningkatkan prospek kerja di sini,” katanya.\r\n\n\n\n\rClough, firma beribu pejabat di Perth terbabit dalam perkhidmatan kejuruteraan, pemerolehan dan pembinaan  projek minyak dan gas di Australia, Asia Tenggara dan AS.\rSementara itu, Shahril berkata, pengambilalihan itu dilaksanakan tepat pada waktunya memandangkan prospek kukuh yang ditawarkan pasaran luas pesisir utama dalam tempoh lima tahun akan datang berikutan meningkatnya potensi kegiatan petroleum hiliran.\r“Perniagaan pembinaan marin Clough secara langsung akan melengkapi aset dan perniagaan sedia ada kumpulan, yang sedia mengambil peluang daripada jangkaan arah aliran meningkat dalam sektor ini.\r“Tambahan lagi, kami akan mendapat akses kepada pasukan profesional berkelayakan tinggi serta hubungan pelanggan utama di Australia yang disediakan reputasi serta pengalaman Clough dalam kegiatan kejuruteraan, pemerolehan dan pembinaan sejak 90 tahun lalu,” katanya.\rPasaran Australia sebelum ini diteroka bahagian perniagaan pemasangan kemudahan dan saluran paip (IPF) SapuraCrest.\rKapal utamanya, Sapura 3000 sudah mencapai trek rekod cemerlang di negara itu termasuk berjaya menyiapkan projek pembangunan Devil Creek bernilai RM512 juta membabitkan proses mengangkut dan memasang kemudahan luar pesisir.

[Posting Asal]                [Kembali ke Berita Rakyat]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 10:24 PM GMT+8 , Processed in 0.095553 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list