|
DAMSYIK: Arab Saudi, Kuwait dan Bahrain, memanggil pulang duta masing-masing dari Syria, selepas Liga Arab mengecam keganasan di negara itu, tindakan yang dilihat penganalisis semakin memencilkan Presiden Bashar al-Assad.\rRaja Abdullah dari Arab Saudi menjadi pemimpin pertama mengumumkan negara itu memanggil pulang dutanya, sambil mengutuk sekeras-kerasnya tindakan pasukan keselamatan Syria ke atas penunjuk perasaan pro demokrasi di negara itu.\r\n\n\n\n\r“Arab Saudi mengumumkan memanggil pulang dutanya ke Syria untuk ‘perbincangan lanjut’,” kata Raja Abdullah dalam satu kenyataan selepas pasukan keselamatan Syria membunuh lebih 50 penunjuk perasaan kelmarin.\r\r\n\n\n\n\nTindakan Arab Saudi disusuli Kuwait semalam, apabila Menteri Luar Sheikh Mohammad Al-Sabah memberitahu wartawan bahawa tiada sesiapa boleh menerima kekejaman, pertumpahan darah dan tindakan keras pasukan keselamatan Syria ke atas penduduk awam.\r“Kekejaman itu mesti dihentikan serta-merta,” katanya.\rLewat semalam, Bahrain mengambil tindakan sama apabila memanggil pulang dutanya ke Syria untuk ‘mendapatkan maklumat terperinci’ perkembangan di Syria. – AFP
[Posting Asal] [Kembali ke Berita Rakyat] [Pump!]
|
|