CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 98|Reply: 0

Berubah kerana Allah

[Copy link]
Post time 8-8-2011 01:05 PM | Show all posts |Read mode
Tidak mahu bergembira, bersolat pada masa samaWAHEEDA tidak berniat mempersendakan dunia hiburan yang mana dirinya sendiri pernah berkecimpung selama lapan tahun menimba pengalaman serta mencari rezeki sebagai seorang insan seni.\rNamun, keputusannya untuk meninggalkan pentas hiburan dinyatakan tiada mengena dengan sesiapa. Bahkan ia dibuat kerana ingin mendekatkan diri ke jalan Allah.\r\n\n\n\nSebelum ini, dunia hiburan digemburkan dengan kenyataan Waheeda yang mengatakan kesukaran menjaga solat dan keadaan persekitaran dalam dunia hiburan yang membuatkan dia memutuskan meninggalkan kerjaya itu selama-lamanya.\r\rWaheeda atau Norwahidah Abdul Wahab, 33, yang ditemui di pejabat suaminya, Akhil Hayy Network di Kajang sempena Majlis Pelancaran Program Umrah Kembara Sufi dan Mini Konsert baru-baru ini, akui itu adalah antara sebab mengapa dia bertindak sedemikian.\r\n\n\n\n\n\r”Saya sememangnya buat keputusan berhenti terus dari dunia hiburan, iaitu meninggalkan kerjaya sebagai penyanyi dan pelakon. Jika mahu diikutkan, banyak sebab mempengaruhi tindakan saya ini dan salah satunya berasakan dunia hiburan tidak menghormati Allah.\r”Banyak cabaran sudah saya lalui, dan ia adalah pertarungan untuk kekal dalam dunia hiburan, di mana antara pilihan untuk memegang agama atau tidak. Saya pilih mengikut jalan Allah. \r“Kita tidak boleh memilih bergembira dan bersolat pada masa sama, seolah-olah tidak menghormati Allah. Kalau benar beriman dan beragama Islam, kita lakukan apa yang dituntut.\r“Saya pernah berkejar-kejar untuk bersolat ketika menjalani satu penggambaran. Apabila meminta untuk berhenti bersolat, pengarah sering melengahkan keadaan. Itu membuatkan saya ingin menangis apabila lihat tiada siapa yang peduli. Saya lihat tak ramai mengambil berat mengenai soal agama dalam dunia hiburan ini.” katanya yang mengenakan purdah mengikut jejak isteri Rasulullah.\rWaheeda menegaskan dia tidak bersetuju melihat pergaulan tanpa batasan antara lelaki dan perempuan, terutama dalam dunia lakonan. Namun, dia tidak mengatakan semua yang terbabit dalam dunia hiburan adalah golongan mungkar.\rBertanyakan sama ada keputusan yang dibuat dipengaruhi oleh suaminya dan statusnya sebagai isteri, lantas wanita ini menafikannya kerana katanya sudah sekian lama dia ingin berubah, dan dia juga manusia biasa yang tidak terlepas dari godaan syaitan.\rWaheeda kelihatan sama ceria seperti dulu, mungkin selepas bergelar isteri, dirinya lebih sempurna dengan kehadiran insan tersayang yang sentiasa di sisi. Dia menjadi suri rumah sepenuh masa selain menghasilkan dua lagu untuk suaminya, iaitu Subahanak dan Ighfir Zunubi.\rKini, genap dua tahun Waheeda mendirikan rumah tangga bersama Akhil dan dia merasakan hidupnya lebih bermakna dengan sinar kebahagiaan dan ini terpancar melalui sinar matanya.\rDengan kedatangan Ramadan, bulan mulia dan penuh keberkatan ini, Waheeda akui tahun ini dirinya lebih tenang dan kurang kekalutan berbanding tahun sebelum ini. \rMenyambut Ramadan dengan gelaran isteri dan ibu, membuatkan hidupnya lebih bermakna, apabila dia agak sibuk menguruskan anaknya dari perkahwinan suaminya yang terdahulu. Namun dengan kesibukan itu, Waheeda tetap meluangkan masa menunaikan ibadat sunat tarawih bersama keluarganya.\rSelain itu, wanita yang pernah popular dengan lagu Wassini ini juga sedang rancak mengusahakan perniagaan kecil-kecilan, iaitu menjual jubah dari Malaysia dan Dubai secara talian. Sesiapa yang berminat bolehlah melayari laman sesawang http://arumabaya.blogspot.com.\rManakala, akui Waheeda, sambutan Syawal masih belum dirancang dan mungkin tahun ini dia dan keluarga pulang ke kampung suaminya di Gopeng, Perak terlebih dahulu sebelum ke kampung ibu dan bapanya di di Johor.

[Posting Asal]                [Kembali ke Berita Rakyat]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 07:39 PM GMT+8 , Processed in 0.548750 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list