|
Masih belum menangi Kejohanan Dunia, Olimpik walaupun pernah duduki ranking No-1PETER Gade Christensen dan jaguh perseorangan negara, Lee Chong Wei harus ditakrifkan senasib!\rWalaupun memenangi banyak kejuaraan pada zaman kegemilangannya dan pernah bergelar pemain nombor satu dunia, jaguh veteran Denmark itu masih belum mampu memenangi kejohanan utama termasuk Kejohanan Dunia dan Sukan Olimpik.\r\n\n\n\n\r Sama seperti Chong Wei yang memburu kejuaraan pertamanya pada Kejohanan Dunia di Arena Wembley bermula hari ini, pemain 35 tahun Denmark itu turut memiliki impian sama.\r\r\n\n\n\n\n “Pentas ini mungkin penampilan terakhir saya dalam Kejohanan Dunia dan saya akan bersara selepas Sukan Olimpik tahun depan.\r“Jadi, saya harap penampilan kali ini mampu menamatkan impian besar saya memenangi kejohanan berprestij ini selepas gagal sebelum ini,” katanya ditemui selepas latihan di Arena Wembley, semalam.\rPencapaian terbaik Peter Gade pada kejohanan itu adalah pada 2001 apabila memenangi pingat perak di Seville dan tiga penampilannya pada 1999 (Copenhagen), 2005 (Anaheim) dan Paris (2010) berkesudahan dengan gangsa.\rBegitupun, berbanding Malaysia yang belum pernah memenangi Kejohanan Dunia, Denmark masih mampu bermegah apabila dua kali pernah memenanginya menerusi Flemming Delfs pada 1977 ketika kali pertama kejohanan itu diperkenalkan dan Peter Rasmussen (1997).\r\n\n\n\n\r“Sememangnya Chong Wei dan jaguh China, Lin Dan menjadi pilihan untuk memenangi kejohanan kali ini, tetapi bukan mustahil saya mampu melakar kejutan menewaskan mereka,” kata Peter Gade yang diletakkan selaku pilihan ketiga kejohanan.\r
[Posting Asal] [Kembali ke Berita Rakyat] [Pump!]
|
|