|
MESIR: Parti politik terbesar Mesir, Ikhwanul Muslimin, mengadakan pemilihan pucuk pimpinan terbuka yang pertama kelmarin sejak penyingkiran Presiden Hosni Mubarak, dalam usaha meningkatkan kewibawaan mereka menjelang pilihan raya Parlimen akhir tahun ini.\rSelepas beberapa dekad sekadar bergerak di bawah tanah kerana diharamkan, pemilihan itu juga adalah sebahagian daripada usaha kumpulan berkenaan mendekati rakyat dan menolak reputasi sebagai pertubuhan rahsia dan tertutup.\r\n\n\n\nParti itu diramal menang besar dalam pilihan raya November ini berikutan kekuatan kempen politik yang dilakukan secara terancang selain program kemasyarakatan yang dilaksanakannya.\r\rPemimpin Ikhwanul Muslimin, Mohammed Badie, memuji undian kelmarin, yang bertujuan memilih tiga anggota baru pertubuhan itu bagi menduduki lembaga eksekutif dan menyatakan ‘pilihan raya terbuka dan telus menunjukkan kepada dunia bahawa Ikhwanul Muslimin sentiasa berusaha untuk mengembalikan semula kebebasan Mesir.’\r\n\n\n\n\n\rBercakap kepada perhimpunan di Nasser City, Badie, berkata undian itu adalah antara ‘hasil’ kebangkitan rakyat Mesir. Pertubuhan berkenaan juga mengundang wartawan dan jurukamera ke pemilihan itu yang menyaksikan lebih 100 anggota pembuat dasar membuang undi dalam kotak lut sinar.\r“Ini adalah petanda kumpulan ini menghormati demokrasi. Tidak ragu-ragu lagi Mesir sudah banyak berubah,” kata jurucakap Ikhwanul Muslimin, Mahmoud Ghozlan.\rAnggota Ikhwanul Muslimin memilih tiga calon menyertai badan eksekutif yang mengandungi 17 ahli untuk menggantikan mereka yang menyertai kepemimpinan parti politik pertubuhan itu, Parti Kebebasan dan Keadilan yang baru dilancarkan.\rGhozlan berkata, badan pembuat dasar pertubuhan itu tidak dapat bersidang dengan sepenuhnya sejak tahun 1995 kerana bimbang penangkapan besar-besaran terhadap mereka.\r\n\n\n\n\rPertubuhan itu mendaftarkan Parti Kebebasan dan Keadilan Jun lalu dan berkata ia akan bertanding separuh daripada kerusi di Parlimen. Beberapa parti liberal dan berhaluan kiri Mesir bimbang Ikhwanul Muslimin mungkin menguasai Parlimen baru yang bertanggungjawab membentuk Perlembagaan baru negara yang menitikberatkan agama.\rPakar pergerakan Islam, Dia Rashwan, berkata undian terbuka itu adalah cara Ikhwanul Muslimin mengukuhkan kedudukannya dari segi undang-undang terutama apabila ia sukar untuk bergerak menerusi saluran yang sah. \rKatanya, disebabkan pengharaman, status undang-undang pertubuhan berkenaan masih tidak jelas.\rIkhwanul Muslimin yang dibentuk pada 1928, diharamkan pada tahun 1954 selepas dituduh melakukan keganasan ke atas pembangkang. Ia menafikan tuduhan itu tetapi kekal diharamkan.\rDi sebalik sekatan ke atas kumpulan itu, Ikhwanul Muslimin masih mampu mengemukakan calon dalam pilihan raya parlimen sebagai wakil bebas dan terbukti menjadi pasukan politik paling terancang ketika pemerintahan Mubarak selama tiga dekad. – Agensi\r
[Posting Asal] [Kembali ke Berita Rakyat] [Pump!]
|
|