CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 70|Reply: 0

‘Liga Europa pembunuh’

[Copy link]
Post time 7-8-2011 03:05 PM | Show all posts |Read mode
DI sebalik kejayaan bersaing dalam play-off Liga Europa, pengurus Tottenham Hotspur, Harry Redknapp melabelkan kempen Liga Europa itu sebagai ‘pembunuh’ kerana Spurs perlu melalui 19 perlawanan untuk memenangi trofi berkenaan.\rDia percaya perlawanan yang berlebihan itu akan menjejaskan peluang pasukannya mengejar kedudukan terbaik dalam Liga Perdana Inggeris (EPL). Justeru dia bercadang merehatkan pemain senior dan memberikan pemain muda untuk membuktikan keupayaan ketika kempen Euro itu.\r\n\n\n\n\r   “Pemain muda akan diberi banyak peluang beraksi dalam Liga Europa kerana saya beranggapan secara ikhlas ia boleh ‘membunuh’. \r\r\n\n\n\n\n  \"Khamis dan Ahad setiap minggu... satu igauan. Ia menyebabkan anda tidak mempunyai peluang dalam Liga Perdana, ia membunuh anda. Oleh itu kita akan beri pemain seperti Jake Livermore dan Andros Townsend menimba pengalaman dan kita akan lihat dari situ,” katanya.\rSpurs membuat kejutan musim lalu dalam saingan Liga Juara-Juara sebelum tewas 5-0 secara agregat kepada Real Madrid pada peringkat suku akhir. Redknapp percaya hari-hari yang diperlukan untuk kembali cergas selepas bersaing dalam Liga Juara-Juara itu menjejaskannya dalam membuat persediaan perlawanan EPL.\r\"Ia berbeza dalam Liga Juara-Juara kerana anda bermain pada Selasa atau Rabu, ada perbezaan di situ. Dalam Liga Europa pula, anda perlu pergi ke serata tempat – tetapi kita akan sentiasa memberikan persembahan yang terbaik.”\rPemenang perlawanan play-off Liga Europa  menyertai 12 kumpulan masing-masing mengandungi empat pasukan, dan akan bermain secara timbal balik. \r\n\n\n\n\rRedknapp mahu pasukannya mencatat kemenangan ketika musim baru bermula semasa menerima kunjungan Everton Sabtu depan sekiranya mahu memberi cabaran terhadap kejuaraan liga. \rSpurs berdepan empat pasukan kuat yang bersaing untuk kejuaraan liga – Manchester United, Manchester City, Arsenal dan Liverpool – pada enam minggu pertama EPL. Redknapp hanya memperkukuhkan barisannya dengan ketibaan penjaga gol Brad Friedel dan sedang berusaha mendapatkan pemain tengah Blackburn Chris Samba. \rBos Spurs itu berkata: \"Kita berdepan permulaan yang sukar dipercayai. Bertemu Manchester United, Manchester City, Arsenal serta Liverpool pada enam minggu pertama. Ia menarik. Kita akan segera tahu di mana tahap kedudukan sebenar kita.\r“Mengenai pengambilan pemain baru, saya tidak mahu tunggu sehingga ke saat-saat akhir seperti musim lalu ketika kita menandatangani Rafa van der Vaart pada hari terakhir jendela perpindahan.\r\"Tetapi bukan mudah mencari pemain yang lebih baik daripada apa yang anda miliki sekarang. Jika kita gagal mendapatkan mana-mana pemain, kita perlu teruskan perjuangan dengan apa yang ada dan memberi persembahan terbaik. Itulah saja yang boleh kita lakukan.” – Agensi\r

[Posting Asal]                [Kembali ke Berita Rakyat]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-12-2024 06:04 AM GMT+8 , Processed in 0.030288 second(s), 11 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list