|
BAGI penggemar komik adiwira Captain America, kehadiran filem yang menemui penonton mulai 28 Julai lalu ini cukup dinantikan. Jika sebelum ini, kisah adiwira yang menjadi pujaan ramai itu hanya boleh diikuti menerusi majalah keluaran Marvel, tetapi kali ini watak Steve Rogers itu diangkat pula ke layar lebar.\rCaptain America arahan Joe Johnston menerima ulasan positif dalam internet. Bagi peminat filem bercorak aksi adiwira, tiada masalah untuk mereka jatuh cinta kepada filem lakonan Chris Evans, Tommy Lee Jones dan Hayley Atwell dan ramai lagi ini.\r\n\n\n\n\r Namun, bagi peminat filem romantik dan drama, yang mana filem aksi seperti ini bukan makanan mereka, mungkin agar sukar untuk menerima filem sebegini, terutama apabila terlalu banyak aksi melampau yang tidak terjangkau dek akal dipaparkan. \r\r\n\n\n\n\n Bagaimanapun, itu hanyalah pandangan peribadi penulis, tetapi bagi beberapa teman yang menjadi penggemar komik Captain America, filem garapan Johnston itu berjaya memenuhi cita rasa mereka.\rJohnston bukan saja berjaya memenuhi kehendak penonton dari segi penyampaian cerita, bahkan hasil filem yang berlatarkan kekalutan dunia menghadapi Perang Dunia Kedua pada 1940-an ditangani dengan cukup kemas.\rSoal realistik beberapa adegan yang ditonjolkan seperti aksi Steve bertempur dengan konco Red Skull ditolak ke tepi oleh peminat filem ini. Bagi mereka, tiada yang peliknya menonton aksi melampau dalam filem seperti itu, sama juga seperti kita menonton filem adiwira lain seperti Superman, Spiderman, Iron Men, X-Men dan banyak lagi.\rCaptain America mengisahkan seorang lelaki bernama Steve Rogers yang berminat untuk menyertai tentera. Bagaimanapun, disebabkan tubuhnya yang kecil - hanya seberat 98 paun, dia sering menjadi mangsa buli. Fizikalnya itu juga menyebabkan Rogers sukar didekati wanita. Sedangkan, dia memasang impian untuk menghadiri majlis tari-menari bersama wanita idaman.\r\n\n\n\n\rRogers ingin menyertai dunia ketenteraan kerana mahu membalas dendam akibat kematian orang tuanya pada Perang Dunia Kedua. Oleh kerana tidak layak menjadi tentera, dia diserap menyertai sebuah misi khas membabitkan Kerajaan Amerika Syarikat. Misi berkenaan diwujudkan bagi menentang tentera Nazi terutama Red Skull yang mengganas ketika itu.\rBagi menjayakan misi itu, Rogers disuntik serum oleh Dr Erksine, menyebabkan tubuh yang kecil itu bertukar menjadi sasa. Perubahan Rogers menyebabkan dia mula menjadi perhatian wanita, malah ejen misi berkenaan, Peggy Carter (lakonan Atwell) juga dalam diam menyimpan perasaan terhadapnya.\rBiarpun suntikan serum itu menjadikan Rogers kuat, askar dan Kerajaan Amerika Syarikat tidak menggunakan kuasa dimiliki Rogers dengan sebaiknya. Sebaliknya, mereka menjadikan dirinya sebagai penyebar propaganda kerajaan. Dia hanya muncul membuat persembahan pentas sambil mengenakan kostum Captain Amerika.\rBagaimanapun, sindiran daripada tentera di sebuah kem menyedarkan Rogers yang dia tidak seharusnya diperguna dan diperbodohkan saja. Sejak itu, dia mula memasang impian untuk memburu Red Skull menggunakan kuasa dimiliki.
[Posting Asal] [Kembali ke Berita Rakyat] [Pump!]
|
|