CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 143|Reply: 0

Sel tunjang hasil sperma tiruan

[Copy link]
Post time 6-8-2011 09:05 AM | Show all posts |Read mode
TOKYO: Saintis Jepun mencipta sperma tiruan menggunakan sel  tunjang buat kali pertama dalam kejayaan saintifik yang bakal membuka jalan menyediakan rawatan baru bagi lelaki tidak subur.\rPenyelidik kesuburan mencipta sel benih yang menghasilkan sperma dalam makmal dan memindahkannya kepada tikus tidak subur dan mendapati haiwan itu mampu melahirkan anak  selepas rawatan.\r\n\n\n\n\rPerkembangan itu,  dianggap pakar sebagai amat menarik, dipercayai dapat membantu beribu lelaki tidak subur menjadi bapa jika kaedah itu terbukti memberi kesan sama kepada manusia.\r\r\n\n\n\n\nPenyelidikan yang diketuai Dr Katsuhiko Hayashi menyuntik sperma tiruan  ke dalam te-lur tikus dan memasukkannya ke dalam saluran peranakan tikus betina, yang melahirkan anak sihat.\r“Anak tikus itu apabila dewasa mampu melahirkan anak secara semula jadi,” kata Dr Katsuhiko  dalam kajian diterbitkan  jurnal Cell.\rUji kaji sebelum ini bertujuan menghasilkan sperma daripada sel saraf tunjang janin tidak begitu berjaya dan dalam kebanyakan kes melahirkan anak tidak sihat yang kemudian mati.\rPakar kesuburan dan pensyarah kanan  bidang andrologi di Universiti Sheffield, Dr Allan Pacey, berkata kejayaan itu  langkah hebat bagi mengembangkan proses menghasilkan sperma untuk merawat lelaki tidak subur.\r\n\n\n\n\r“Rawatan ini memerlukan doktor  mengambil sel  kulit atau  tulang sum-sum pesakit untuk diuji. Namun banyak lagi kajian perlu dibuat untuk menapis proses ini,” katanya.\rSementara itu, jurucakap Persatuan Kesuburan Britain  yang juga perunding pakar sakit puan di Pusat Kesuburan Newcastle, Dr Jane Stewart, berkata kemampuan menghasilkan sel mengeluarkan sperma manusia dalam makmal menjadi kejayaan dalam rawatan kesuburan. – Agensi

[Posting Asal]                [Kembali ke Berita Rakyat]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 08:03 PM GMT+8 , Processed in 0.048119 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list