CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 124|Reply: 0

Tarif hotel Makkah naik 150 peratus

[Copy link]
Post time 6-8-2011 09:05 AM | Show all posts |Read mode
MAKKAH: Bilangan jemaah umrah ke Makkah dari dalam dan luar Arab Saudi dilaporkan meningkat sejak permulaan Ramadan sehingga menyebabkan  tarif hotel dan bilik di sekitar Masjidil Haram meningkat sehingga 150 peratus.\rLaman web akhbar Gulf News yang membuat tinjauan di beberapa buah hotel dan bangunan kediaman di kawasan berkenaan mendapati kebanyakan bilik dan pangsapuri hampir penuh manakala  harga suite di sebuah hotel lima bintang dilaporkan mencecah sehingga 3,000 riyal (RM2,405) dan bilik biasa pula berharga 950 riyal (RM761).\r\n\n\n\n\r   Pemilik hotel dan pengendali pangsapuri sewa berkata, sekurang-kurangnya 400,000 jemaah umrah termasuk 250,000 jemaah asing berada di bandaraya itu ketika ini.\r\r\n\n\n\n\n   Hotel dan bangunan kediaman di kawasan Masjidil Haram cuba untuk memenuhi keperluan yang semakin bertambah itu.\rKeadaan ini disebabkan bilangan jemaah umrah tahun ini dianggarkan melebihi 50 juta manakala beribu-ribu bangunan dirobohkan berikutan peluasan kawasan Masjidil Haram.  – Agensi

[Posting Asal]                [Kembali ke Berita Rakyat]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 07:37 PM GMT+8 , Processed in 0.056634 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list