View: 200|Reply: 0
|
Empat set tren elektrik beroperasi September
[Copy link]
|
|
Komuter enam gerabak tingkat mutu khidmat KTM\rEMPAT set pertama daripada 38 set unit tren elektrik (EMU) enam gerabak yang dibeli Keretapi Tanah Melayu Bhd (KTMB) dari China untuk digunakan bagi perkhidmatan komuter, membabitkan pelaburan keseluruhan RM1.9 bilion, akan beroperasi September ini.\r\n\n\n\n\r Pengarah NKRA, Bahagian Mempertingkatkan Pengangkutan Awam di Bandar, Ahmad Suhaili Idrus, berkata menerusinya, ia akan mengurangkan secara berperingkat masalah perkhidmatan komuter yang tidak cekap ketika ini.\r\r\n\n\n\n\n “Di bawah inisiatif Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) bagi pengangkutan awam, kerajaan memutuskan meningkatkan mutu perkhidmatan KTM Komuter sebanyak empat kali ganda melalui pembelian 38 EMU enam gerabak.\r“Bagi merealisasikan matlamat itu, empat unit pertama akan tiba dan beroperasi September ini, manakala bakinya secara berperingkat sehingga Jun 2012.\r“Apabila semua 38 EMU itu beroperasi, ia dijangka memenuhi sasaran KTMB mengurangkan masa menunggu kepada 10 minit pada waktu puncak, sekali gus meningkatkan sepenuhnya mutu perkhidmatan KTM komuter,” katanya pada taklimat media di Kuala Lumpur semalam.\rKetika ini, kekerapan perkhidmatan KTM komuter adalah sekitar 15 minit, namun dengan adanya 38 EMU yang akan beroperasi secara berperingkat itu, ia akan mengurangkan masa menunggu penumpang kepada 10 minit pada waktu kemuncak. \r\n\n\n\n \rDifahamkan, KTMB yang kini mempunyai 50 unit EMU dengan antara 22 hingga 26 unit beroperasi manakala selebihnya sedang diselenggara, akan menggunakan 38 set EMU itu bagi memenuhi peningkatan penumpang dan penambahan laluan baru seperti Seremban ke Gemas, Sentul ke Batu Caves, dan Rawang ke Tanjung Malim.\rSetiap tren komuter baru yang dibina CSR Zhuzhou Electric Locomotive Co Ltd (CSR ZELC) itu dengan rekaan futuristik, mampu membawa kira-kira 900 penumpang berbanding hanya 300 penumpang ketika ini.\rTerdahulu dalam pembentangannya, Ahmad Suhaili berkata, kadar penggunaan sistem pengangkutan tren di Lembah Klang makin bertumbuh dari masa ke semasa sejajar peningkatan mutu perkhidmatan tren. \r“Sebagai contoh penumpang sistem aliran transit ringan (LRT) bagi laluan Kelana Jaya dan Ampang memperlihatkan peningkatan 15.7 peratus atau 79,269 orang penumpang dari Januari hingga Mei lalu berbanding tempoh yang sama tahun lalu 2010.\r“Pencapaian itu adalah hasil operasi penuh 29 set empat gerabak baru untuk aliran LRT berkenaan,” katanya.\rSementara itu, beliau berkata, pelancaran Bus Expressway Transit (BET) pada Jun lalu turut menjimatkan lebih satu jam masa perjalanan penumpang dari Bukit Beruntung ke Kuala Lumpur.
[Posting Asal] [Kembali ke Berita Rakyat] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|