CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 124|Reply: 0

Penduduk gesa PBB iktiraf negara Palestin

[Copy link]
Post time 5-8-2011 09:05 AM | Show all posts |Read mode
RAMALLAH: Pegawai Palestin merancang untuk memulakan perarakan besar-besaran menentang penjajahan Israel di Tebing Barat pada 20 September depan, iaitu malam simbolik sebelum pengundian Pertubuhan Bangsa bangsa Bersatu (PBB) yang dijangka mengiktiraf kemerdekaan negara itu.\rPegawai kanan Palestin, Yasser Abed Rabbo, berkata mereka berharap dapat menarik jutaan penduduk menyertai tunjuk perasaan kali pertama yang dirancang untuk diteruskan selepas itu.\r\n\n\n\n\rBeliau berkata, kempen digelar ‘Palestin 194’ selaras harapanmenjadi anggota PBB  ke-194.\r\r\n\n\n\n\n“Ia satu rayuan kepada PBB bagi menunjukkan perjuangan rakyat Palestin dan untuk menjayakannya ia memerlukan jutaan rakyat,” katanya.\rAbed Rabbo berkata, perarakan oleh rakyat Palestin itu akan diadakan secara aman. Pegawai keselamatan Israel berulang kali menyuarakan kebimbangan tunjuk perasaan akan bertukar ganas. \rKetua tentera Israel, Leftenan Jeneral Benny Gantz, memberi amaran jawatankuasa parlimen minggu ini kemungkinan berlaku konfrontasi September depan.\rBeliau berkata, tentera menjangkakan ribuan penduduk akan mengadakan protes secara aman menghala ke penempatan Israel atau kawasan Israel. – AP

[Posting Asal]                [Kembali ke Berita Rakyat]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 01:13 PM GMT+8 , Processed in 0.040392 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list