|
SEJUK hati Cik Normah apabila mendapat khabar ramai juga artis popular tanah air yang sudah pun atau akan terbang ke Tanah Suci Makkah bagi mengerjakan ibadat umrah sepanjang Ramadan yang penuh keberkatan.\rCik Normah sendiri pun teringin menyertai mereka andainya rezeki menyebelahi. \r\n\n\n\n\rNamun sampai saat ini, nampaknya belum berpeluang. Tengoklah, tahun depan mungkin Cik Normah pun akan dapat berasa nikmat berpuasa dan mengerjakan umrah sekali. Yalah, dua kawan baik Cik Normah pun sama-sama terbang ke sana pada bulan puasa kali ini.\r\r\n\n\n\n\nAntara artis yang Cik Normah dengar mengerjakan ibadat umrah tahun ini ialah pengarah Datuk Yusof Haslam dan anak lelakinya, Syamsul, pelakon Adi Putra, Irma Hasmie dan Rozita Che Wan. \rTidak ketinggalan mengambil peluang keberkatan Ramadan untuk memijakkan kaki ke rumah Allah ialah pengacara Jimmy Shanley dan penyanyi tersohor, Datuk Siti Nurhaliza.\rApabila menyebut nama Jimmy, beberapa rakan Cik Normah berkata, mungkin jejaka itu ingin mendamaikan hatinya dengan beribadat kepada Tuhan di Tanah Suci. \rMaklumlah, selepas satu demi satu cerita kurang enak membabitkan dirinya dan perkahwinan yang dibina, tibalah masanya dia ingin lari daripada semua itu dan menenangkan diri dengan menumpukan segala perhatian buat Yang Maha Esa.\rKepada mereka yang mengerjakan umrah pada Ramadan ini, Cik Normah ucapkan selamat pergi dan pulang, semoga ibadat anda semua dimakbulkan Tuhan.
[Posting Asal] [Kembali ke Berita Rakyat] [Pump!]
|
|