|
Penyerang yakin lebih difahami doktor negara Matahari Terbit\rOSLO: Lelaki yang melakukan serangan berkembar di Oslo, Norway pada 22 Julai lalu mahu pakar psikiatrik untuk menjalankan penilaian terhadap tahap psikologinya.\r\n\n\n\n\r“Anak guam saya mahu pakar Jepun. Permintaan ini berkaitan dengan konsep maruah. Beliau percaya orang Jepun lebih memahaminya berbanding seseorang dari Eropah,” kata peguam bela, Geir Lippestad memberitahu akhbar kewangan Dagens Naeringsliv.\r\r\n\n\n\n\nDua pakar psikiatrik Norway ditugaskan untuk menilai tahap mental pelampau sayap kanan Anders Behring Breivik, 32, yang mengaku melakukan pembunuhan beramai-ramai itu.\rMereka dijangka memutuskan menjelang 1 November sama ada Breivik dalam keadaan waras ketika membunuh 77 orang dan mencederakan puluhan yang lain di ibu negara dan sebuah pulau peranginan.\r“Dia tidak kata apa-apa kepada saya dan enggan bercakap dengan pakar itu,” kata Lippestad yang dipetik akhbar Japan Today.\rDalam temubual lain, Lippestad berkata, anak guamnya mendakwa tidak menyasarkan golongan muda di Pulau Utoeya, lokasi pembunuhan 69 orang di kem belia yang dianjurkan Parti Buruh yang memerintah.\r\n\n\n\n\r“Dia tidak bunuh kanak-kanak bukan kerana soal moral tetapi menganggap mereka terlalu muda untuk menerima doktrin Parti Buruh,” kata Lippestad kepada akhbar Dagbladet.\rPakar isu keganasan dan pelampau Islam, Thomas Hegghammer yang juga warga Norway memberitahu AFP bahawa manifesto Breivik setebal 1,500 muka surat memperincikan perangnya terhadap ‘penaklukan’ Islam di Eropah selain menunjukkan dia kagum dengan budaya Jepun dan Korea.\rBerdasarkan maklumat awal mengenai personaliti Breivik, beberapa pakar psikiatrik memberitahu lelaki itu cukup waras untuk dipertanggungjawabkan atas tindakannya dan bermakna dia boleh dipenjara.\rMenurut undang-undang baru, Breivik boleh dihukum penjara 21 tahun jika didapati bersalah atas keganasan dan hukuman itu boleh mencecah sehingga 30 tahun jika dia turut didapati bersalah atas jenayah kemanusiaan.\rPada 22 Julai lalu, Breivik mengebom bangunan kerajaan di Oslo menyebabkan lapan maut sebelum melepaskan tembakan selama 80 minit di Pulau Utoeya menyebabkan 69 orang terbunuh. \rPolis Norway pada awalnya menyifatkan pembunuh yang mengaku melakukan perbuatan itu sebagai pelampau Kristian tetapi peguamnya memberitahu DN bahawa Breivik tidak menunjukkan sikap seperti pelampau dalam penjara. – AFP/Agensi
[Posting Asal] [Kembali ke Berita Rakyat] [Pump!]
|
|