CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 162|Reply: 0

Mubarak tolak semua tuduhan

[Copy link]
Post time 4-8-2011 09:05 AM | Show all posts |Read mode
Bekas Presiden Mesir minta Jeneral Hussein Tantawi jadi saksi\rKAHERAH: Presiden Mesir yang digulingkan, Hosni Mubarak dan dua anak lelakinya mengaku tidak bersalah semalam atas tuduhan membunuh dan rasuah dalam perbicaraan bersejarah yang mendapat tumpuan negara itu dan disiarkan secara langsung  televisyen.\r\n\n\n\n\r“Saya tolak semua tuduhan ini,” kata Mubarak yang berada dalam pengusung di kandang tertuduh selepas dituduh melakukan pembunuhan ke atas penunjuk perasaan antipemerintahannya selain dakwaan rasuah.\r\r\n\n\n\n\nAnak lelaki Mubarak, Gamal dan Alaa juga mengaku tidak bersalah atas tuduhan melakukan penipuan. Gamal dan Alaa  bergilir-gilir menghalang kamera mengambil gambar bapa mereka dan kerap tunduk untuk bercakap dengan Mubarak.\rGamal dan Alaa yang berpakaian putih tanda tahanan penjara turut dilihat membawa kitab al-Quran. Turut dituduh ialah bekas Menteri Dalam Negeri, Habib al-Adly  dan enam bekas ketua keselamatan.\rPeguam bela Mubarak  meminta pemerintah tentera yang menjadi ketua negara sementara   memberi keterangan sebagai saksi.\rPeguam Mubarak, Farid al-Deeb meminta untuk mendengar keterangan Marsyal Mohamed Hussein Tantawi ketika memberi nama 1,600 orang untuk menjadi saksi defendan termasuk bekas gabenor dan gabenor wilayah Sinai Selatan.\r\n\n\n\n\rFarid juga meminta doktor pakar  merawat Mubarak sejak bekas pemimpin itu dirawat di hospital pusat peranginan Laut Merah, Sharm El-Sheikh, April lalu.\rProsiding itu  saat paling memalukan   bekas pemimpin Mesir itu selepas digulingkan enam bulan lalu berikutan protes 18 hari.\rIa juga kali pertama penduduk Mesir melihat Mubarak sejak bekas pemimpin itu berucap pada 10 Februari lalu secara langsung bagi menyatakan enggan meletak jawatan.\rSeorang pendakwa membaca dakwaan ke atas Mubarak menuduhnya bersubahat dengan bekas Menteri Dalam Negeri dalam pembunuhan penunjuk perasaan yang dirancang beliau dan  anak lelakinya menerima hadiah daripada ahli perniagaan terkenal sebagai tukaran  merendahkan harga tanah.\rDi luar mahkamah, ramai yang menonton prosiding di skrin besar dan menjerit serentak selepas mendengar pengakuan Mubarak: “Jadi, siapa yang bersalah?”  –   AFP

[Posting Asal]                [Kembali ke Berita Rakyat]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 07:37 PM GMT+8 , Processed in 0.539333 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list