View: 187|Reply: 0
|
Maybank terus hasrat ambil alih RHB Capital
[Copy link]
|
|
Tunggu harga sesuai untuk gabung kedua-dua bank\rMALAYAN Banking Bhd (Maybank) masih terbuka dengan opsyen mengambil alih RHB Capital Bhd jika harganya menarik kerana penggabungan kedua-duanya mampu mewujud-kan sinergi yang berkesan.\r\n\n\n\n\rPada Jun lalu, kumpulan perbankan tempatan terbesar itu membatalkan cadangan bergabung dengan RHB Capital kerana harga tinggi berikutan tindakan pemegang saham RHB Capital, Abu Dhabi Commercial Bank PJSC (ADCB) menjual 25 peratus pegangannya kepada Aabar Investments PJS pada harga RM10.80 sesaham.\r\r\n\n\n\n\nHarga urus itu meletakkan penilaian keseluruhan RHB Capital pada RM23.7 bilion atau 2.25 kali nilai bukunya.\rPresiden dan Ketua Eksekutif Maybank, Datuk Seri Abdul Wahid Omar, berkata RHB Capital adalah bank yang baik dan ia berkembang dengan baik di bawah pimpinan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).\rBeliau berkata, jika penggabungan Maybank dan RHB Capital menjadi kenyataan, ia mampu mewujudkan sinergi yang ketara kepada kedua-dua pihak dan mampu memberikan nilai kepada pemegang saham masing-masing.\r“Kami berasakan RHB adalah bank yang baik. Penggabungan kedua-dua entiti boleh mewujudkan nilai yang ketara kepada kedua-dua pihak,” katanya pada temu bual dengan Pengarang Perbankan Financial Times, Patrick Jenkins, baru-baru ini.\r\n\n\n\n\rAbdul Wahid juga menegaskan pihaknya belum mengemukakan bidaan rasmi untuk bergabung dengan RHB Capital ketika ia membatalkan hasrat penggabungannya itu. \rSebelum ini ada laporan mengatakan RHB Capital, syarikat induk RHB Bank Bhd iaitu bank kelima terbesar di Malaysia, masih terbuka kepada peluang penggabungan jika harga tawarannya adalah tepat.\rEksekutif dan Pengarah Urusan Kumpulan RHB Capital, Kellee Kam, berkata potensi penggabungan sama ada dengan Maybank, CIMB atau bank lain boleh dipertimbangkan jika penilaian dari segi harga adalah wajar.\rMengenai prestasi kewangan Maybank yang berakhir pada 30 Jun lalu, Abdul Wahid berkata, pihaknya menjangkakan mencatatkan pencapaian terbaik sekali lagi.\rBeliau berkata, pada tahun kewangan berakhir 31 Jun 2010, Maybank catat keuntungan sebelum cukai RM3.8 bilion.\r“Pada suku ketiga, kami mencatatkan keuntungan sebelum cukai RM3.3 bilion. Berdasarkan prestasi yang dicatatkan setakat ini, kami menjangka mencatatkan pencapaian terbaik sekali lagi,” katanya.
[Posting Asal] [Kembali ke Berita Rakyat] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|