CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 146|Reply: 0

MF3 jangka catat jualan RM5.5 juta

[Copy link]
Post time 3-8-2011 11:05 AM | Show all posts |Read mode
PAMERAN Perabot Malaysia Keempat (MF3) yang akan bermula esok dijangkakan mencatatkan jualan bernilai RM5.5 juta dan menarik 100,000 pengunjung.\r“Ini adalah jangkaan awal. Jika kedatangan pengunjung lebih ramai lagi, barulah kami boleh mengunjurkan jualan yang lebih baik,” kata Ketua Pegawai Operasi Persatuan Usahawan Perabot Kuala Lumpur dan Selangor, Sally Liew.\r\n\n\n\n\r  “Kami juga yakin dengan kedatangan pengunjung yang ramai kerana kami setakat ini sudah melabur RM1.2 juta bagi tujuan iklan dan promosi pameran itu,” katanya pada sidang media di Kuala Lumpur, semalam.\r\r\n\n\n\n\n  Tahun lalu, pameran itu meraih jualan bernilai RM5 juta menerusi 70,000 pengunjung.\rMF3 dijangka menjadi pameran perabot berasaskan pengguna terbesar di bahagian tengah Malaysia.\rPameran selama tiga hari itu membabitkan kira-kira 115 peserta pameran yang mempamerkan produk mereka di 200 gerai pameran di kawasan seluas 9,500 kaki persegi, merangkumi dewan pameran 1 hingga 5 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur.\rPengarah Kreatif MF3, Eric Leong, berkata pameran itu akan mempamerkan jenama perabot tempatan dan antarabangsa.\r\n\n\n\n\r“Antara jenama yang akan menyertai kami ialah perabot Disneyland,” katanya.\rLeong menambah pameran itu juga adalah platform untuk menjual perabot dengan sentuhan batik Malaysia kepada pelanggan golongan berada antarabangsa dan tempatan.

[Posting Asal]                [Kembali ke Berita Rakyat]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-12-2024 09:14 AM GMT+8 , Processed in 0.052647 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list