|
MANILA: Pengawal pantai Filipina dan nelayan menyelamatkan 168 orang dalam kapal penumpang yang senget selama tiga jam sebelum karam awal pagi kelmarin di Filipina.\rKapal keluli M/V Asia Malaysia dalam perjalanan dari tengah wilayah Cebu ke Iloilo itu untuk kunjungan lawatan semalaman senget ke kanan, Subuh Ahad lalu, kata ketua pengawal pantai, Laksamana Ramon Liwag. Punca masalah tidak diketahui.\r\n\n\n\n \r Kapten kapal menghantar panggilan kecemasan kepada pengawal pantai dan mengarahkan semua penumpang dan krew kapal meninggalkan kapal seberat 2,400 tan yang condong kira-kira enam kilometer daripada destinasi sebelum karam, kata jurucakap pengawal pantai, Leftenan Komander Algier Ricafrente.\r\r\n\n\n\n\n Kapal pengawal pantai, nelayan dan dua kapal penumpang menyelamatkan 168 penumpang dan krew. – AP
[Posting Asal] [Kembali ke Berita Rakyat] [Pump!]
|
|