|
ROME: Pemimpin Libya, Muammar Gaddafi dilaporkan mengancam untuk membunuh Perdana Menteri Itali, Silvio Berlusconi, lapor akhbar Corrierre della Sera.\rBerlusconi mengetahui mengenai rancangan pembunuhan itu melalui sumber yang boleh dipercayai tetapi pemimpin Itali terbabit enggan mengesahkan lebih lanjut.\r\n\n\n\n\r Berlusconi berkata, Gaddafi tidak merujuk kepada tindakan menghancurkan kerjaya politiknya tetapi kematiannya, lapor akhbar itu.\r\r\n\n\n\n\n “Ada orang dengar Gaddafi membuat ikrar melaksanakan perkara itu,” kata Berlusconi yang dipetik akhbar terbabit.\rLibya dilanda pertempuran antara pasukan tentera pro dan anti Gaddafi sejak Februari lalu.\rSatu operasi antarabangsa tentera bermula pada Mac berikutan satu resolusi dan dilanjutkan sehingga September.\rItali memainkan peranan penting dalam operasi tentera Barat di Libya.\r\n\n\n\n\rDalam kejayaan terbaru, pemberontak Libya menawan perkampungan Josh di kaki gunung Nafusa, barat negara itu.\r“Kami tawan Josh dan sedang menuju ke arah Barat. Kami sedang cuba menawan Tiji pula,” kata panglima perang pemberontak, Juma Brahim. – Agensi
[Posting Asal] [Kembali ke Berita Rakyat] [Pump!]
|
|