|
STANFORD (California): Bekas pemain nombor satu dunia, Serena Williams mara ke final kejohanan WTA Stanford selepas menyingkirkan pemain yang mara ke separuh akhir Wimbledon, Sabine Lisicki 6-1, 6-2.\rJuara Grand Slam 13 kali itu hanya memerlukan 59 minit untuk menundukkan pemain Jerman dan mara ke final pertama sejak menang kejuaraan Wimbledon 2010.\r\n\n\n\n\r Pada final, Serena akan berdepan pilihan ketiga Marion Bartoli selepas pemain Perancis itu mendapat kemenangan percuma ke atas Dominika Cibulkova dari Slovakia yang menarik diri kerana kecederaan otot kiri.\r\r\n\n\n\n\n Kejayaan Serena mara ke final itu harus menjadi tonik terbaik selepas lama tidak beraksi akibat masalah kesihatan dihadapinya, termasuk darah beku dalam para-parunya.\rDia mara ke pusingan kedua sejurus kembali beraksi di Eastbourne dan melangkah ke pusingan keempat Wimbledon.\rWalaupun bukan diletakkan selaku pilihan dan ranking kini menjunam pada kedudukan 169 dunia, tetapi kelibat Serena tetap bak juara. Dia menempah tiket menentang Lisicki selepas menundukkan Maria Sharapova di suku akhir. - AFP
[Posting Asal] [Kembali ke Berita Rakyat] [Pump!]
|
|